Thursday 9 December 2010

Budak upstoppable nak ayat aku....haishhh


Sambung lagi pasal budak multi level marketing tu....

Sebenarnya aku tak paham pun apa dia explain, actually paham la sikit2 . Tp sbb dia nak kelentong, dia kena la pusing2 cakap dia.

Hahahahah.... Basically aku nak tau modus operandi Unstoppable ni mcm mana. Dan dapat tau lah sikit2. Dia orang ni kalau tak join dia tak bagi tau. Tapi aku korek juga..

Bisnezz unstoppable, eh bizness ke. ? Nak bagi nama apa ye.. Kalau aidid kata unstopbebal. Ok lah menatang ni secara dasarnya kena bagi duit dulu baru diaorg nak cerita. Memang la dah kasi duit tu bye bye jelah. Kena lah cari org utuk cover balik..hampehhh..

Budak ni intro tanya aku asb bg return berapa %. Hahaha di awal kalam lagi tanya pasal ASB. Ingat aku tak tau ke ASB punya return. Aku ckp 10 kot. Dia kata 7-9% saja. ok....then...

Dia kata,I boleh bg return 30%.. Wow, teruja nafsu aku..wah2 aku berlakon.
Macm mana: Kena ada ASB 200k dulu then declare...
Bab declare ni aku tak paham.. Aku tanya declare kat mana? dia jawab ada ler.. Bab rahsia ni tak tahan aku. Tak pe aku layan je.... ok pastu?

Then u guna yg extra duit tu join kita org... Yg extra mana mai pun aku tak tau,,,tu dia punya pusing sampai aku naik pening..Extra duit dari mana muncul aku tak dapat tangkap sampai sudah. Tak pe.. aku buat andaian....

'penuhkan asb,,, declare kata dah berjaya,macam tunjuk kat mangsa kita la duit kita dah banyak.... then mungkin buat loan guna cagaran asb ataupun buat loan dulu untuk penuhkan asb. Apapun guna duit asb tu untuk masuk skim cepat kaya ni a.k.a unstopbebal'
ni andaian aku......

dia punya belit pasal asb tak ketahuan punca..ok lantak pi lah...

Ni masuk bab yang best, sekarang join kita orang, dia sebut community,bukan ahli, dalam 32 k dapat beli kedai dalm 11 buah..

wowo, 11 buah kedai tuh.. aku tanya kat mana.?. kat internet jawab dia. Sahih skim cepat kaya ni.. aku layan lagi. Boleh ke dapat geran ke, sijil saham ke, sijil reit ke?

Dia jwb ni kedai maya, beli dalam sistem, Mcm ebay.
Aku teruskan blur aku" so dia org jual barang mcm kat ebay ke"
Tak2 ni malaysia punya sistem, jwb dia. Memang masak budak ni nak kelepet aku.

OOOoo maknanye kita invest kat dia dan dia jual barang dan kita dapat div 7638 tiap2 bulan ke? Aku saja melayan.

Kata dia pulak,,,Tak -tak sistem akan uruskan...

Then i dapat apa.?? U akan dapat pasword n member id. Boleh monitor kedai kat internet, katanya.

Kemudian u ajak org lain beli kedai under u.. Aiikkk kedai dan tanah dan alamat aku tak tau nak suruh aku jual pulak.. keluar la figure aku untung 132 ribu ke berapa tah..manyakk ooo..

Sebelum tu dia kata once aku bayar 32k tu aku aku dapat rebate RM7638.. Aku buat teruja nak join dan nak bulan-bulan dividen RM7638 la... Dia cpt2 kata aku dapat sekali saja. Kalau aku tak cari org dapt yg tu je lah.. oh mcm tu.. So aku tanya RM7638 tu dapat dari duit aku 32k la maksud. Korang bayar aku kononnya rebet dari duit aku kan. Dia terkedu...

Aku tak de masa nak layan. Aku nak attack.... Aku tanya u tau tak yg u buat ni salah. Dia defensive kata sijil halal ada. Aku ckp kalau u nak berniaga mesti ada barang yg nyata dan sahih. DIa kata org kita tanak suka berniaga barang... Ni byr ja,, system take care barang...

Gila babat punya cara berniaga. Aku bengang pun ada. Aku terus kata ni sekim cepat kaya., u tau tak. Dia kata dia tau apa yg dia buat yakin tak salah dan halal. Nak tunjuk sijil halal lagi kat aku. Aku ckp duit tu mmg halal, barang memang halal. Cara nak dapatkan ja yg tak betul.

KAlau kena cari org dan bayar, cari lagi dan upline ambil dari dia punya payment, bukan skim cepat kaya ka. Sistem tu tempat berselindung ja.. Tak de sistem pun aku boleh lukis kat kertas kata tu kedai u ke sapa ke. DIa terkedu.still insist kata dia yakin sistem i tak salah..

Aku ayat baik punyaa... Sis u tak yg u ni menipu org atau pun u tak tau yang sistem u masuk ni cepat kaya.

Dia kata dia well aware apa yg dia buat..

U berfikirlah semasak2nya, kalau u dalam denial pun,, u amiklah masa untuk fikir hasil income u ni.Menipu org ke tak, atau u been blinded by money,,,cewahhh.

banyak lah juga aku fire ( slow punya fire)..last2 dia kata dia tak de choice... Siap tanya boleh ke aku bagi dia kerja?? Kalau dia tak buat keja ni..

Maknanya dia tau yg dia buat tu salah tapi tak de pilihan.... Dan dia kata akan cuba berhenti.. Bab tak de pilihan tu aku malas nak komen,,, kalau sedap dapat duit mudah dgn menipu org, tak de pilihan yg lebih baik ke? Dia ni mcm educated ja.. tentu boleh wat keja berfaedah..sedangkan indon yg tak de spm pun boleh keja...

sekurang2nya dia muhasabah diri yg selama ini dia syok ja jual kedai yg tak wujud dan sedap ja iklan kt fb nak tolong org Melayu.... pada hal nak masuk poket dia...

Lu pikir lah sendri!!!!!!




,

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...