Monday 3 January 2011

Catatan hari ini


Sudah 3 hari tahun 2011, aku pepagi tadi pegi hantar Along ke sekolah dia. Dah F3 Along. Sedar tak sedar. Nasib baik ada peperiksaan yang berkala. Contohnya UPSR, PMR dan SPM. Pengskalaan ini membuatkan aku "pause" dan memikirkan, "oh daH nak PMR Along " atau "Angah UPSR tahun ni ke? tanya sedara atau kenalan.

Walaubagaimanapun aku banyak juga nak update WEBLOG (Blog) atau diari aku ni. Pergi hantar Nabila macam biasa tak ada apa2 masalah. Dia dapat hostel lama, bilik lama, katil lama. Pendek kata semua sama cuma naik tingkatan saja. Dia tertinggal beberapa benda dan yag paling besar tertinggal bantal. Agak lucu, itu sikap aku kali ni. Nak marah pun aku mungkin terkait sekali. Sangka aku dia dah masuk dalm beg yg besar tu. Kekadang inilah keadaannya bila mama lepaskan benda benda ni kat abah. Teringat masa aku nak masuk hostel rasanya mak aku yang duduk peringat.

Jadi keluarlah beli yang baru. Dua bijik sekali. Sebb dia selsema dan batuk aku pergi klinik ambil ubat dan kemudian pergi makan.

Aku pun ambil sekali ubat selsema dia. Makan sebijik. Nak drive balik rasa ngantuk. Tak boleh jadi , kena berenti kat RnR. Kalau ada wifey boleh gak dia perhati aku bawak kereta. Kalau dia "detect" aku mengantuk dia tegur la. Ni ada dgn Danish. Ok lah jugak macam2 dia tanya aku. Huja masa tu. Siap tanya hujan sapa buat dll. Boleh la teman aku sembang.

Dalam banyak2 waktu memandu, waktu lepas zohr lah yg paling aku tak suka..

Apa pun Alhamdulillah selamat sampai umah. ...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...