Sunday 20 March 2011

Anjing ada "wireless"

Pepagi selepas melayani abg aku dari Kedah, sempat mengelap kereta sekejap. Pas tu jiran aku Ah Heng press2 minyak motor dia kat luar sambil cuci2. Sembang dgn dia kejap , dari motor KTM dia 1000 cc sampai ke anjing.

Cerita pasal hobi la..Motor brand KTM aku pun tak penah dengaq.. Harga RM100K, huh.. aku tengok tulisan German banyak, tapi katanya dari Australia.
Balik pada anjing katanya kawan dia ada anjing yang beratus ribu jugak la..siap tidur sekali,

dah jadi macam anak. Kawan dia tak minat sangat, katanya. Bini dia yang tak nak buang. Ermm, biasak la kalau lelaki bab2 sayang binatang tak mengaku sangat kot. Semua pass ke bini. Apa salahnya kalau kata suka jugak..ok apa sayang binatang...hahahahahah..

Then dia story kata sampai buat baju la.. pas tu cerita dia lagi, anjing tu ada wireless.. huh. canggih punya anjing...

Jiran aku kata dia tak suka anjing sbb ada wireless... Nanti dia pun sakit..

HAHAHAHA...wireless dia rupa-rupanya VIRUS...lol..... ( vailesss kot sebutan dia..entahla...)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...