Friday 20 May 2011

Yasmin, Aisya dan Danish serta pindah barang


Dua beradik dulu-dulu ( tahun 2009)


-photo tahun lepas.-

Layan Yasmin dan Danish makan nasi. Makan kali kedua si Dansih. Yang Yasmin pula baru nak makan. Tadi tak nak .. Asyik main saja. Aisya dah makan. Tapi badan dia tak naik naik. Comei saja(dibaca). Adik mungkin dah sama berat dgn kakak dia.

Aku kalau balik kerja. Penat jalan jem akan hilang penat kalau diorang ni serbu.Kekadang tiga-tiga nak suruh dukung serentak.adus.... layan jelah..

Yang besar2 entah kemana pergi . Naik basikal lah tu. Biarlah mereka bermain sementara masih kecik. Nanti tak puas pulak main. Macam aku ni kekadang layan PS2 lawan anak2. Tapi tak menang jugak.. Terer .. terer main game ler. Kalau belajar kena suruh 14 kali baru bergerak.

Sekarang ni ada la pulak term Mat Sikal. Dah mula dahhh.. Kesian pulak peminat2 basikal ni. Macam Mat Rempit la, semua dibelasah dalam satu golongan. Kalau ada lah motor yang betul2 terbabas masuk longkang mungkin reaksi pertama; Mat rempit, memang padan lah. Padahal kawan tu betul2 terbabas sebab jalan berlubang ke apa ke..

Balik pasal anak2 aku..

Si Yasmin ni kira manja gak ngan aku. Dia kecik-kecik la suka bergaya. Siang malam, nak pakai baju pilihan dia saja. Nak yang cantik2 saja. Kemudian suka suruh mama dia ikat rambut..

Danish... petang tadi nak makan gpreng pisang. Lurvy cerita lah. Dia siap minta mama nak makan goreng pisang, masa kat kedai tadi. Tapi tak nak beli mama, nak mama goreng.




Hmmm dalam ramai-ramai anak kami yang seramai tujuh orang tu rasanya Danish ni lah yang susah nak berenggang. Tapi tak taulah , tunggu masa menentukan.. oh ya, dia masuk tadika pun bulan 3. sebelum ni tak nak. Tapi dia sendiri pressure kot budak 5 tahun semua dah masuk tadika, last-last dia sendiri yang minta nak pergi sekolah.

Lurvy.
Kepenatan... dah tidur. Masa aku sampai tadi tengah masak. Sebelum tu siap pergi bank la apa la. Aku on blog ni tadi sambil layan dia masak. Now aku in charge jadi Home Minister. Kena la kemas apa yang patut.



Adik dan anak anaknya


Esok lori datang angkat barang.

Esok mau angkat barang dari rumah aku kat shah alam. Mungkin satu lori dah cukup. Nasib baik barang sikit saja beli sementelah rumah tu untuk untuk hujung minggu dan investment. Syukur ada rezeki, untuk pembelajaran anak-anak seramai tujuh orang. Tapi komitmen pun agak besar sekarang...

1 comment:

  1. comeynya aisya masa kecik2 dulu
    macam anak mat salleh lah...really cute

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...