Friday 3 June 2011

Bacalah.... dan blog pilihan aku.


Aku baru mengeluh dekat seseorang yang rapat dengan aku:
“Dah sebulan aku tak membaca buku.”

Aku rasa ni yang paling lama aku tak habiskan buku atau memegang buku untuk aku habiskan. Walaupun kat tangan aku ada dua buah buku yang menggedik2 suruh aku habiskan ...

Juga agak lama aku tak habiskan masa kat library.
Dan lebih lama aku tak bawa anak-anak pergi library.

Dan malam tadi aku cakap Lurvy:
“Lepas Maghrib bawa anak-anak pergi kedai buku. Belilah buku untuk anak-anak. Lagipun Akmal nak buku kat USS hari tu tak beli sbb kat sini pun boleh dapat” dan lagi murah..

Wohoo. Aku yang tak baca buku, aku suruh beli buku untuk anak. Apa kejadahnya !!!!
Lepas maghrib semalam dari ofis, aku pun singgah kat shopping kompleks dan berdinner la sekeluarga kat luar.

Aku pun tanya:,
“ mana buku yang dibeli:”
Lurvy tunjuk:
“tu ha..dari tadi tak lepas2, sampai nak makan pun dok baca”

Aku tengok.. buku kanak-kanak,, tajuk lebih kurang Ikhtiar hidup zaman dinasour ke purba entah.. Hentam sajalah labu…asal minat….

Itulah hakikat membaca,… Ayat pertama diturunkan..”Bacalah ….

jadi membacalah, menuntut ilmu, berguru dan sebagainya…sendiri mau ingat! Eh tak boleh..kena ingat mengingat….

At least aku sedar diri yang aku tak membaca lately ... (oopss ni dah riak ni) Yang lain-lain macam mana. ?? Aku ada buah buku stand by nih…Kalau aku start pegang dunia lain aku tak peduli sangat. Especially buku John Grisham. Tapi dah habis dah collection dia kau baca, Tu cerita lama… Sekarang ni nak baca biography dan financial .

Dalam pada pada dok nak tulis entry pasal buku ni, aku terpikir dah lama aku tak layan blog Kereta Mayat. Tentu korang semua kenal kan.. Wajib baca blog dial ah, pada pendapat aku…

Sambil baca malu lah pulak kat diri sendiri. Banyaknya ilmu penulis ni. Dan banyak rujukan

Aku baca entry dia yang sekian lama aku tak jengok, ada la entry pasal… mambaca ni…kalau tak silap gaji pertama beli apa..
Oh ya ada member kata gaji pertama nak belanja aku… sampai sekarang pun tak belanja lagi ….Huhuhuu…ok ok..aku gurau ja..malulah wehh tuntut org belanja… jadi ..sebagai gantinya… GAJI pertama tu belilah buku..wokehhhhhh??? tak yah belanja pun tak perr...

ni ha link ke BLOG KERETA MAYAT

Pergilah baca sebelum kita naik kereta mayat…

Tak nak baca blog ni pun tak per..tapi bacalah blog dia..
tapi kalau nak ulang pi mai pi mai kat blog ni..kecil tapak tangan, google earth aku tadahkan ..…wassalam!

1 comment:

  1. dari kecil, mama saya suka belikan saya buku.. dan sampai sekrang saya minat baca buku walau di mana berada. setiap hari dalam train mesti ada buku even berdiri pun baca buku.. kalau travel, walaupun tahu takder masa nak baca, still juga bawa.. sebab kalau tak bawa buku rasa tak sedap hati. kesimpulannya memang kena ajar anak anak dari kecil.. macam mama saya ajar saya.. cuma sekarang ni masuk toilet bawa buku sorok sorok.. sebab mama bising.. dia kata tak baik.. tapi kalau tak bawa.. tak best :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...