Friday 22 July 2011

Malaysia Vs Chelsea - semua di sini





Kami Sokong "Tanah Tumpahnya Darahku"







Oh belum pun habis aku nukilkan pasal perlawanan Malaysia menentang Liverpool, aku pergi pulak tengok Chelsea vs Harimau Muda + Harimau Tua dua tiga orang. Dengan izin, pun intended. Memang ada beberapa pemain senior dipanggil untuk membantu. Jadi pasukan Pilihan Malaysia yang sebenarnya. Aku kagum dengan barisan pelapis ini. Terutamanya penjaga gol yang begitu cemerlang. Dan yang senior pun cemerlang juga.








Ok, hari ini memang padat dan aku ambil cuti untuk meyelesaikan beberapa perkara terutama berjumpa lawyer, ke sekolah anak dan mengambil kad pengenalan. Jadi oleh kerana menumpukan kepada benda-benda ini sampai telefon pun tertinggal hinggalah ke petang. Dengan keadaan memaksa dan nak juga memeriksa kamera serta buat route planning ke stadium, akhirnya pada pukul 6.20 baru bergerak ke Bukit Jalil.








Teman sekolah yang sekian lama tak berjumpa hinggalah sebelum perlawanan menentang Liverpool sekali lagi bergandingan untuk menyokong Malaysia. Lawaknya dia tak pandai baju kuning dari rumah takut jiran tau dia nak tengok bola. Jadi salinlah dia baju dalam kereta kat parking. Hahahaha








Mencari parking yang mengharukan. Dari Kesas merangkak ke kawasan stadium hanya berdepan dengan satu, satu laluan ke parking ditutup. Akhirnya dengan penuh kesabaran bertanyakan pegawai bertugas dan diberitahu perlu meletak kereta di MSN.
Aku memberitahu kawan aku yang juga memandu tadi.” Depa ni main sebut saja suruh pi MSN, aku rasa memang penuh juga ni.
Kawan: Tu hang tengok tu kat parking C banyak lagi parking awat tak boleh masuk. Kat MSN mesti boleh . Tu tu banyak lagi parking tu. Jom kesana lah pulak.
Jum tak jum memang kena bergerak juga.
Benarlah telahan aku, dia suruh kedepan kata kat MSN ada parking sekadar melepas kan diri dia dari keluhan pemandu sahaja. Menuju keluar kea rah MSN hanya berdepan dengan deretan kenderaan yang bersesak.
Kenapakan semasa Liverpool semua berjalan lancar sahaja. Ramainya peminat Chelsea. Pendekkan cerita terpaksa parking dikawasan TPM belakang petronas Lebuhraya Sg BEsi-KL. Done that.

Tiket Gate Biru. Kat tengah. Masuk-masuk saja dapat tempat dekat sisi gol Malaysia. Ok lah dari view yang tinggi pulak. Boleh Nampak dua-dua gol.Ahaks.....

semasa penyampaian hadiah..fresh from my lens
dalam kereta mencari parking...

Akan bersambung..
1.Aku dapat VIP tix..alhamdulillah.
2. Gambar-gambar lagi... from VIP seat.

Good nite semua... dah mengantuk, esok kerja.

2 comments:

  1. Wah..untungnya dpt VIP seat.. nanti share pic eh. xsbr mau tgk ni.. ^_^

    ReplyDelete
  2. wah bestnya..malaysia boleh..:-)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...