Thursday 22 September 2011

Bonceng punya pasal...jawapan Ustaz...

Belum habis lagi isu Zizan dan pembonceng.. A'a dalam dialog wayang tu dimana aku pun ada komen sikit. Demi mengesah cerita dan isu,,apakah dan bagaimana ianya terangkat keperingkat nasional sebegini, aku pun melayari beberapa sumber.

Jadi dirumuskan bahawa dalam ketidaktahuan atau jahil, seseorang itu boleh mendatangkan fitnah. Walaupun tak bermaksud demikian. Sebab jahil pun kena jaga.....
Jadi rasanyalah dialog yang kontrovesi, wpun tak bermaksud mempersendakan, wajar diteliti dan dihalusi supaya tiada kekeliruan dan fitnah. Boleh tak di beeeppp saja..

Begitu lah kot.. Kalau dah tak berapa elok kena buat sesuatu.. Kawan aku kena tengok balik lah...Walapun aku paham dia tak berniat menghina dan sudah melepasi beberapa peringkat tapisan... Semua tak perasan....

Tetapi bak kata satu ungkapan " If anything will go wrong it will go wrong...." itulah kot yang berlaku. Walaupun dah ada beberapa org tapis,,, terlepas juga...

Bukan apa..kalau benda tak elok walau tak sengaja kena buat sesuatu lah..
Nasib baik org tegur, sebelum filem tu diulang tayang berkali2 bila raya masa2 depan.. Susah jugak tu nak tanggung.. Makna ramai org sayang....

Salah satunya aku petik dari blog ini mengatakan...

-Pendakwah popular tanah air, Ustaz Azhar Idrus (gambar) berkata, kontroversi satu dialog dalam filem Hantu Bonceng tidak boleh diletakkan kepada pelakon sahaja.

"Tetapi kesilapan ini tidak terletak kepada pelakon. Pelakon jahil dan tidak tahu apa-apa," ujarnya sebagaimana yang dipetik daripada video kuliah beliau yang disiarkan di dalam blog ini (pulakdah.blogspot)

Dipetik:

Jawab Ust Azhar Idrus:. Dia boleh jadi dua hujah. Boleh jadi ada niat untuk mempersendakan Islam dan boleh jadi tidak berniat untuk mempersendakan Islam. Dalam kes ini dia mengucap ketika di dalam ketakutan, dalam cerita kelakar maka dia buat dialog mengucap "Asyhadu an la ilaha ill-Allah, wa asyhadu ana Muhammadarr.....Syaitan! Syaitan!."

Jadi boleh dikatakan bahawa penulis skrip ini untuk menghina nabi, dan boleh juga dikatakan penulis skrip berniat untuk menggambarkan seseorang yang di dalam ketakutan tidak sempat menghabiskan lafaz syahadahnya kerana ternampak syaitan. Ia boleh jadi ada niat untuk mempersenda.

Tetapi kesilapan ini tidak terletak kepada pelakon. Pelakon jahil dan tidak tahu apa-apa. Pelakon bukannya (perlu) belajar pondok untuk berlakon filem. Tetapi Penerbit, Penulis skrip dan Pengarah sepatutnya kena rujuk dahulu perkara ini kepada Pejabat Agama atau Jabatan Kuasa Fatwa. Skrip ini boleh jadi untuk mempersendakan Islam dan boleh juga bukan berniat untuk mempersendakan Islam.

"Walaupun ia bukan untuk mempersendakan Islam, ia tetap juga HARAM sebab mendatangkan FITNAH" tambah Ustaz Azhar Idrus lagi. Fitnah ini yang perlu di jaga dan kita perlu berhati-hati. Zizan sendiri telah mengakui bahawa beliau tidak pernah terniat untuk mempersendakan Islam.

"Jadi kita ambil secara baik, dia (Zizan) tidak berniat mempersenda Islam, tetapi kerana kejahilan punya fasal ia memberi fitnah." rumus Ust Azhar Idrus.



Nak ulas panjang pun tak pandai . Eloklah tengok sedutan jawapan Ustaz ....












Moga sama2 ambil iktibar.... (sama lah ingatan juga untuk diri aku)


P.s Idham, harap kau dapat infor ni jugak... ok bro...do something ok..

3 comments:

  1. Kisah paling tragis di bulan Syawal...



    Rujuk Entri ini:
    http://che-armad.blogspot.com/2011/09/coretan-diy-internet-sangkut-di-bulan.html

    ReplyDelete
  2. Hurrmmm, makin panas isu hantu bonceng ni sepanas kutipan panggung box office nye.. ;)


    MySuaraBlog: Cinta Jarak Dekat ke Cinta Jarak Jauh?

    ReplyDelete
  3. SETUJU dengan rumusan Ustaz Azhar Idrus "Jadi kita ambil secara baik, dia (Zizan) tidak berniat mempersenda Islam, tetapi kerana kejahilan punya fasal ia memberi fitnah."

    terbaik! ((;

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...