Wednesday 29 February 2012

Sunset (III). Praktis lagi....



Semalam semasa mengejar aurora ( ye lah tu), tak dapat, maka aku geram punya pasal ... dan dah lama gian nak snap photo maka inilah jadinya...






















Buat suspen saja...

Malam minggu lalu..
Aku layan Arsenal lawan Spurs. Gila punya fantastik perlawanan tersebut, dari segi comeback oleh Arsenal. Lama dah aku tak ingat "comeback" yang dahsyat except masa Liverpool ketinggalan 0-3 dengan Milan kot.. Boleh kejar sampai menang menerusi sepakan penalti setelah berjaya menyamakan kedudukan 3-3.

Tetiba, tengah syok syok tengok...

" Abang mai jap"Huh dari tadi dia dok layan internet. Ntah apa Lurvy surf. Kita tengah baik punya tengok bola.

"Sini la....Kejap!" panggilnya lagi.

Huh! naper pulak ni.. Nak kata ada awek message fb aku.Tak logik. Awek mana lak ni..Ahaks...
Sapa lak ni . Yuna ke Neelofa ke??? Wohahahaha.. Aku tak minat depa sebenarnya..

Atau Erykah Badu yang tulis kat wall aku.. Apa??? Sapa dia tu.. Ada aku kesah!

Huuh suspen ni...Aku pun bangun tengok.

" Cuba tengok ni. Cuba baca..."

Bukan fb aku , bukan blog...

" Dapat ke ni' Tanya Lurvy lagi

"Eh dapat la tu... Tahniah Yang"

Fuh lega... tak ada message yang pelik2. Haish memang tak akan ada lah.!!!. Saja aku buat suspen.

Aku baca lebih kurang. Keputusan temuduga Cuti Bergaji Tanpa Biasiswa ( macam tu kot nama permohonanan dia) untuk Master dia.

Berjaya!!!

P.s. Dan tadi pun semasa kursus aku baru collect aku punya scroll Master in Aplied Finance and Investment. Dah lama dah siap tapi baru depa bagi tau boleh collect.. Kira bond pun dah habis baru amik cert dia...

Happy Birthday! 29/feb/2012

Happy birthday to you...

I may not know you but it had been years you had waited to celebrate a birthday.. ( 4 years actually)


HAppy birthday all the Leaplings (or leapers)

Tuesday 28 February 2012

Grrreaatttt news.. Konsert makhluk ni batal..Erykah Badu

Dan aku akan boikot the Star...!!!. Boikot beli.... hahahaha

Erykah Badu concert cancelled in flap over tattoo
By Lisa J. Ariffin

February 28, 2012KUALA LUMPUR, Feb 28 — Erykah Badu’s concert tomorrow has been banned, Datuk Seri Dr Rais Yatim said today, after a photograph revealing a tattoo on her with the Arabic word for Allah appeared.
The picture of the Grammy-winning US singer appeared in the The Star yesterday

The Information, Communications and Culture Minister today announced on his official Twitter page that the concert was “violating Puspal guidelines, under religious sensitivity and Malaysian values”.

Puspal is the central agency for filming and performance permits, which comes under Rais’s jurisdiction.

When contacted, event organiser Pineapple Concerts Sdn Bhd declined to comment.

Yesterday, three top editors from the local English daily were hauled up by the Home Ministry over the publication of a photograph of the American singer.

The Star published a photograph of Badu with two tattoos with the Arabic word for ‘Allah’, or God, in a profile piece in the Star2 entertainment section.

Some Muslim groups have said Badu was not a good role model for young Malaysians because of the tattoos.

AP reported that an information ministry official said a government committee decided today to forbid the concert because Badu has “offended the religious sensitivities” of Muslims by posing with such tattoos.

He spoke on condition of anonymity because he was not authorised to make public statements.

The Star published an apology today.

It is understood that the American R&B singer is already in town and had been promoting tomorrow’s concert in interviews to local media.

After Malaysia, Erykah is scheduled to perform in Indonesia, the world’s most populous Muslim-majority country.

(Tatu Allah) Star kena jawab..

Kan aku dah kata......


The Star hauled up over ‘Allah’ tattoo picture
February 27, 2012

Kuala LUMPUR, Feb 27 — The Star has been directed by the Home Ministry to clarify how a picture of US singer Erykah Badu showing her tattoos of the word “Allah” in Arabic ended up in its print edition today, Bernama Online reported.

The report, citing Deputy Home Minister Datuk Lee Chee Leong, added that the managing editor, chief news editor and the senior editor of the nation’s best-selling English language daily were all told to explain the use of the photograph.

“Further action will be based on the daily's written explanation to the ministry,” Lee was quoted as saying in the report.

Earlier today, The Star carried an apology on its website over the accidental use of the image in the newspaper.

In an article entitled “Apology for Erykah Badu photo”, the newspaper said: “A photograph of American singer Erykah Badu with tattoos of various symbols, including the Arabic word for Allah, was inadvertently published in Star2 today. We sincerely apologise to Muslim readers for this oversight.”

R&B singer Badu is also due to perform in Kuala Lumpur on February 29. It is unclear if this incident will have any bearing on her concert planned to be held at Kuala Lumpur Convention Centre.



Berita di atas di petik dari MAlaysian Insider

Entry berkaitan makhluk bernama Erykah Badu sebelum ni >>>>http://blog2shout.blogspot.com/2012/02/memang-dia-ni-melampau-kot.html

Monday 27 February 2012

Aurora Borealis kah tadi????

Aurora borealis





Petang tadi masa berangan sambil bawa kereta balik dari kerja, aku observe keliling. Nampak la warna kekuningan, merah, pink dan oren di balik awan. Bukan macam warna sunset gitu,.bukan.



Ala ala aurora boeralis gitu... tapi awal lagi belum sunset. Fenomena ni agak unik juga. Sementara nak sampai tempat yang sesuai nak snap, perlahan-lahan warna tersebut hilang..



Aurora tu menyebabkan langit menjadi colorful dekat kutub tu akibat magnetic field / ataupun ribut magnet dari matahari. Cantik! kalau lah aku boleh snap satu, macam best saja.Itulah kan walaupun banyak kat internet nak juga ambil sendiri. Bak macam hobi memancing, jangan lah suruh pemancing beli saja ikan kat pasar. Itu cadangan kurang bijak namanya. Apa thrill beli kat pasar.....kata mereka...





Kalau nak tau, google je aurora borealis.. ini ejaan betul.. yang awal tu salah.

Photo atas pun aku google.... Credit tu majalahsains.com


p.s. Tak mungkin kot kerana fenomena tersebut hanya berlaku di kutub sahaja

Memang dia ni melampau kot...




Salam...
Siapa makhluk ni??? Aku tak kenal pun sapa dia... Dan aku tak kesah.... bab kata org sekarang "ada aku kesah'..?? Tetapi bila aku baca paper hari ni aku terkejut. Aku tak kisah kerana dia penyanyi. Manalah aku amik kisah pasal penyanyi sangat...

Tetapi ...
,,,dia ni melampau. Dan aku juga katakan bahawa akhbar yang menyiarkan photo ni jugak kurang cerdik a.k.a tak sensitif. Aku nak ulas sikit.. Dalam pemberian angpau yang silap pun kita kena sensitif. Tapi fikir punya fikir, mana lah diorang ni paham.. Tuanpunya akhbar ialah party yang mana presiden cukup-cukup seriau dgn keadaan sekarang ni. Tiap-tiap ada komen dia pasal perundangan islam. Oh aku tak mau sentuh isu politik.

Tetapi..
aku ulang statement kat atas " penyanyi ni melampau". APa nama dia,, Erykah Badu??? Dia agak keterlaluan dalam pemakaiannya dan seni tatu (?) pada badannya. Kita nak pakai kalimah suci pun fikir banyak kali takut terlupa dan terbawak masuk bilik air ke apa ke.. Ini dgn corak Allah kat badan yang monggel tu. Eish monggel ke.???.entahlah yang pasti dia tak tutup aurat bagai... dan akhbar ni senang lenang pergi siarkan.. Adus

Rasanya akhbar yang siarkan perlu mintak maaf kot...

P.s Apakah makin kurang sensitiviti antara kita???

Kena pulangkan voucher kemenangan RM35,000!



INI TIDAK ADIL…..

“Encik kena pulangkan semula voucher encik yang bernilai RM35,000.00 tu.”

“Oh ye ke? Tapi kenapa. Kan saya dah menang”

“Tapi memang encik kena pulangkan. We are sorry u have no choice . When will you return it?”

Aku frust betul lah kena pulangkan pulak voucher kemenangan aku. Takkan tak boleh aku simpan.

“Ok lah I’ll courier to you by Monday” ujar aku.

“U can scan it if you wanna to keep it as souvenir.”

Ada la pulak kena scan, tak ori lah kan.

Apa pun dengan senang hatinya aku akan pulangkanlah. Pulangkanlah… bak nyanyian Misha Omar.




Bukan apa, sebab Club Med nak claim dari CIMB and claim their cost. Club Med pulak perlu voucher tu.Ye lah kan dia org provide package untuk CIMB. Bila winner dah claim the prize dia org kena lah tuntut kos tu CIMB.
Sebenarnya tak frust pun. Saja jer aku mintak nak simpan the voucher tu. Tapi scan pun scan lah. Yang penting hadiah dah claim. Hehehe bukan kena pulangkan hadiah pun.

Since aku dah buat arrangement untuk ke Sahoro Japan , maka kena lah pulangkan the voucher. Ayat perbualan atas tu aku modify sikit. Ms Yvvonne from club med Msia very professional and so helpful so far.

P.s Apa? Kuang kuang kuang….
P.S2 Adillah!..apa pulak tidak adil….. dan hari ni visa siap..yeahhh!

Sunday 26 February 2012

Photo: Sunset (II)




Suasana sunset kat Langkawi ( lagi)..oh now i miss my daughter!





Photo...Aisya dan Adik


Dua beradik Aisya dah Yasmin...post photo mereka dulu sementara edit photo yang lama tak disentuh..








Weekend

Salam...
Petang-petang begini hujan, mula lah fikir nak cari makanan....Tapi layan blog dulu dan kurang dah layan fb. Eh kena layan ke?...hahaha.. Mana ada nak kena layan kan.. Just read some info dan kebetulan terjumpa entry Neelofa...wohahaha..
Just nak end the weekend, pepagi weekend ingat nak jogging tapi dua2 miss. Lurvy ada kelas lagi ari Sabtu dan aku ada bengkel Qmaths untuk Akmal dan Najmi..

Ok lah jugak QMaths ni, Tapi ilmu kalau tak praktis sama macam pisau yang berkilat tapi tak digunakan.... Mungkin boleh mengelirukan anak-anak sebab cara belajar kat sekolah lain .. Nanti confius pulak...

Petang kunjungi majlis walimatul urus , kemudia pegi IOI mall looking for the luggage.. Ada promo pulak! Terus la sambar 2 buah. Katanya discount 70% dari sebijik RM458 . Apa punya beg da..sampai macam gitu punya rege. Dah discount dapat la RM137 lebih. Huh punya la banyak margin dia kan.. Kalau discount pun tentu ada untung lagi kan.. Bag Arnold Palmer... Entah ia atau tak...Belasah je lah dua bijik. Gila punya bagak...Harap cukup la untuk travel.

Along pulak telefon mama dia.Panic. Katanya ada masalah tak sempat antar homework. Lurvy bagi solution, pegi lah hantar. Yang tak siapnya sebab MC sakit tekak dan demam. Khabar je lah kat cikgu camtu.

Dia pulak takut kena marah. Nanti cikgu marah lah , banyak tanya itu ini, cikgu garanglah. Puas Lurvy pujuk sampailah aku pulak take over.

" Along cakaplah hal sebenarnya, tak yah lah takut, bukan sengaja pun. "

Dia masih lagi cerita memacam, cikgu itu inilah.

Aku cakap" Ok cam ni , tadi Along call minta solution dan advise, mama dah kasi advise. Sekarang Along nak ikut ke tidak. Buat satu step at the time. Bab cikgu marah nanti explainlah.Atau Along nak ada perasaan takut, sampai cikgu tanya? Terpulang kat Along. Tadi Along call untuk mintak advise mama, mama dah cakap kan, sekarang decision Along untuk ikut ke tak. Ok"

Solve satu masalah dunia. Kalau tak selesai, mungkin ada panggilan dan panggilan lagi.

Petang tadi tetiba ada call lagi. Along . Hp mama dia tapi nak cakap ngan abah.

" Abah, boleh top up......" dengan nada yang bersahaja. Tak ada panic lagi...

Friday 24 February 2012

Insanity....



Assalam..

Time to blog!

Kalau nak basah tu basah jugak. Tadi masa solat Jumaat, suasana agak mendung. Instead solat kat open air masuk lah bawah bangunan, Terlindung dari hujan la kononnya. Tetapi air yang turun memenuhi ruang lantai maka habis basah sejadah dan seluar. Ada yang kuyup kerana memang duduk dibawah air hujan pun.

Itu lah bak kata kawan kalau tak kena dari atas air datang dari bawah. Baju tak basah, seluar yang basah... Tu lah pergi lambat lagi... Sememangnya datang awal awal ni banyak faedahnya.

Khutbah pasal Israel dan sekutunya...

Cerita Israel ni tak pernah habis. Datangnya ikut musim. Musim banyak isu dia maka semua org bercakap, Termasuk aku lah kot,, sentuh jugak bab ni. Tapi sebenarnya aku tak mau ulas panjang lah.. Sebab aku tidak brkuasa untuk merobah keadaan. Sekadar ...entah lah , tak perlu ulas sebab isu ni dari aku tak lahir sampai la ni tak habis2. Cuma, eh nak ulas jugak.

Kalau dah zalimnya dan gobloknya Israel kenapa tak serang saja. Kenapa negara Islam tak combine dan ajar Israel tu cukup-cukup? Susah sangat ke...Kalau nak pilih cara tu lah..


Sedangkan zalimnya Saddam, zalimnya Gadaffi sat saja jet pejuang sampai. Tah dari mana pun attack, dengan Nato-nya dengan France-nya, semua tumpang titik yang zalim-zalim tu.

Tak sampai setahun settle! Ni tah punya lama daaaa....Letih aku. Kalau semua istihar negara Israel tu haram, apa lagi ajar sajalah... Bukan satu dua negara yang kata ianya haram. Banyak juga la kan.. Tu pun tak boleh setle? Itu pikir aku la. Sebab tu aku tak jadi menteri luar.. hahaha. Fikir stret forward saja...



Tak mau serang pun tak pa. Tapi buat lah sesuatu... Apa? dah buat? oh ya ka.... Buat lah lagi... Sebab bak kata org " Insanity is doing same thing ove and over again and expecting diferent result"



Erm aku dah tulis bab lain la pulak..apa idea entry aku sebenarnya ea? Jap nak fikir... sebelum tu chow dulu..

Wassalam..

22/2/12: Aisya



Wednesday 22 February 2012

Prosedur permohonan visa ke Jepun


Semalam kami pergi ambil photo untuk permohonan visa. Sebenarnya aku agak kaget dan panic apabila Along berada di Langkawi dan terpaksa menunggu hari-hari tertentu untuk beliau outing. Dan semestinya dia boleh keluar hanya hari cuti dan nak pos laju pun tutup.

Setiap masalah tentu ada penyelesaiannya kan. So suruh dia email photo dia supaya develop kat sini. Dah siap pun.. Cun juga gambar anak-nak ni. Sapa lagi nak puji kalau bukan parent depa kan.. Tapi kelakarnya Yasmin sampai dua tiga kali masuk studio taknak amik gambar sebab hanya nak abah yang ambil.
Hari ni kena compile all the doc dan perlu sort untuk hantar. Harap bab visa ni tak ada banyak problem.


Procedure nak apply visa kat sini :
Perlu diingat mungkin masa anda baca ni, procedure ni dah outdated, jadi anggaplah sebagai guide dan lawatlah official website Japan Embassy untuk yang terkini. http://www.my.emb-japan.go.jp/

Untuk Visa Jepun (HOLIDAY AND TRANSIT)
1. Original passport
2. One (1) visa application form (downloadable)

3. One (1) photo (4.5cm x 4.5cm) with white background which is taken within 6 month from the visa application and must be pasted on the application form
4. IItinerary in Japan (downloadable) and for transit purpose, copy of visa to the main destination (USA, CANADA, etc)

5. Employment certificate stating your position, department in the company and length of service(using the company letterhead)

*If you are a sole proprietor/partner/owner of the company, you need to submit a copy of your business registration

*For those who are not working: a self explanatory letter stating how expenses will be borne, name and relationship of person(s) accompanying (if any)
6. Personal savings, latest current account statement, fixed deposit, Tabung Haji or Amanah Saham Berhad (ASB) (original certified true copy by the bank) (need to show the applicant’s name as the account owner, account number and current balance)
7. Copy of marriage certificate (spouse) or birth certificate (children) to show proof of relationship between the main applicant and the person(s) accompanying
NOTES

1. Please arrange all the documents according to the sequence. Documents submitted will not be returned.
2. All photocopies must be on A4 size paper.
3. Collection of passport will be three (3) working days for Malaysian (subject to approval).

*THE EMBASSY OF JAPAN HAS THE RIGHT TO REQUEST FOR ADDITIONAL DOCUMENTS OR CALL THEAPPLICANT FOR AN INTERVIEW*
EMBASSY OF JAPAN
CONSULAR SECTION
11, PERSIARAN STONOR
OFF JALAN TUN RAZAK
50450 KUALA LUMPUR
http://www.my.emb-japan.go.jp/

Sunday 19 February 2012

Start beli baju winter...

Yasmin bergaya dengan baju sejuk..Winter cloth


winter wear




Assalamualaikum..






Hari ni kami pergi beli baju winter. Hari tu dah window shopping kat S Alam, tadi on the way to Putrajaya Precint 18 singgah Alamanda kejap untuk lunch, sambil-sambil survey winter apparell.. Nampaknya S Alam menawan lagi.. Dari segi harga dan choices..





Memang aku tak tau sangat pasal winter/baju winter ni.. Tu la dulu Lurvy ajak study sana tak mau.. ApapunYang aku tau kat Sapporo sana suhu avarage 4 celcius atau minus4, Sejuk dik dik,,,,,





Tanya punya tanya, antara yang perlu long john la, termal underwear la ( erk), apa benda tu ..


Yang lain dah tau la, i.e winter dress, glove dan snow cap. Tapi banyak yang aku blur..


Anyway dah pergi tu shopping lah dulu. Aisya dengan baju pink yang dia aim dan Minmin ok sahaja warna apa pun.. Dengan Najmi pun dah pilih dia punya set.. Glove dah lain kecik-kecik kira dah settle..




Kira belum sampai separuh lagi rombongan Cik Jan yang dah beli baju winter. Yang lain-lain next round ,,, Apa pun tenyeh ja c.card dulu. Esok bayar ok... happily sign for nearly satu k...

Saturday 18 February 2012

Photo: Suasana di jeti

Sementara nak tunggu feri berjalan aku cuba-cubalah snap dari dalam feri. Huh, kelabu asap. Ye lah, bila cermin tingkap feri dah kelabu, gambar pun tak cantik. Tak puas hati betul...

Argh..lambat lagi feri nak bergerak. Aku keluar.. Sampai kebelakang enjin aku pergi. Mamat yang jaga tu pun ok ja bagi line. Ha! baru boleh snap dengan meriahnya suasana kat jeti. Ini adalah permadangan kat jeti kuah dari belakang feri:












Bahagian belakang feri...








Jeti..









Apa ke bondo ee jang.. ontahlah..aku main snap saja... Memang nak menghabiskan boreh ...eh, nak menghabiskan masa menunggu feri bertolak.

Aku hampir jadi angry bird...





Asslamualaikum..
Hari ni aku tak kemana, ye lah Lurvy ke sekolah.

Apa? Ingat cikgu boleh cuti ke hari Sabtu. Banyak la program depa. Tetapi dah tugas demi anak bangsa dan anak-anak sendiri, maka aku relakan lah ..cewah.

Sekarang ni ada live Uitm lwn Singapore.. walawei tempat aku belajar tu.. Boleh lawan negara org.. Tak pernah depa pikir kot akan ada competitive games dengan nasional team SG. Anyway dah trailing 0-2 but melawan la jugak...

Sambil-sambil tu aku menidurkan..aip,! menidurkan anak-anak aku. 3 org semuanya..Dari Danish ke Yasmin, seorang-seorang tidur atas lengan akuu sampai terlelap. Its been ..i mean it just few month ago si Min Min tu baby.. now dah pandai macam-macam. Cuma tak pandai minta baby je lagi..wohahahaha..

Yang Along tu pulak semalam birthday dia ke 15. Happy birthday Along, Semoga berjaya dan diberkati Allah senantiasa. Your success is our happiness..

Ermm time running fast.. Do we have time for everything.. ? No we cant.. We have to choose..
Yes its life , we plan lotsa thing.. But not all achievable... No matter how we try. Just say enuff, and move on. And we cannot satisfy all people at all time...

There was a saying by unknow personnality "I donno what are the recipe sof success, but, to please or satisfy all the people is not one them"

Oh that was my rant today.

Sebenarnya tadi aku hampir menjadi "angry-bird" yang hendak melastik seekor "babi"..
Aku pergi membeli surat khabar, agak tengah hari kerana aku tak beli breakfast kat luar. Aku decided untuk masak breakfast utk anak-anak yang tak kesekolah. YEp, angah ada latihan merentas desa with mama dia... So tinggal aku with the rest , another 5.

So pukul 12 camtu aku pun ke seven-e. Park kereta. Masuk dalam , beli paper. Bila nak nak ke kereta. Ada pulak "musuh angry bird" parking kat belakang kereta aku. Dia bukak pintu keluar, aku pun cakap "excuse me, saya nak keluar"

Dia aksi sign language dia ckp.. kejap, tunjuk kereta depan menyatakan dia nak cakap sesuatu kat pemandu kereta depan. Oklah aku rasa part of convoi ke apa, sesat ke apa.

Selepas cakap, dia melencong nak masuk seven-e.

Eh boleh macam tu. Dah lah kereta dia blok kereta aku. Parking belambak kat situ. Kat sebelah kereta aku ada dua lot kosong.. Eish kira banyak lah parking...

Aku cakap lagi,, " Boleh tak u park properly atau ubah lah kereta , sbb i nak keluar"
Dia kata kejap nak beli barang...

Eh boleh pulak.. Park belakang aku, pergi sembang dengan kereta depan and now nak masuk dalam kedai. dan aku kena tunggu lagi...

" Eh kan ada banyak parking. parking elok-elok lah" sambil aku tunjuk tempat parking yang banyak. Apahal hal manusia ni , nak cepat sangat kah? Aku punya nak cepat tak tau.

" Ala kejap ja, wa mau beli barang"
"Ye lah parking lah tempat parking , i nak keluar ni"

Boleh pulak dia nak suruh aku tunggu dalam kereta. Kalau tanak parking pun kedepan la sikit.
"Huyo.. lu sekejap tunggu pun tak boleh" tengking dia.
Eh macam la dia atuk aku pulak. Boleh suruh aku tunggu...

Aku insist" U parking la elok-elok .. tak nampak ke i dah nak keluar ni"
Dia kata " kalau u nak keluar, u ram lah"
Huyooo!!!
Pucuk dicita ulam mendatang lah" Bird tengah angry ni. Aku nampak dia pun macam khinzir dah kot. Terus aku buka pintu kereta dengan cepat. Dah dia suruh langgar kereta dia. Aku pun nak buat la kan..

Bila dia tengok aku macam serious ja terus dia masuk dalam kereta ubah sambil kata sesuatu dalam bahasa dia.. Aku lantakkan dia. Nak maki ke apa ke ada aku kesah. Ni lah bagi betis nak peha. Malas nak parking betul2. Nak pentingkan diri sendiri sambil sanggup menyusahkan org..

Boleh macam tu??..... Macam-macam hal lah...




p.s Atas tu gambar hiasan.. Aisya pun pandai tunjuk tempat parking..

Wednesday 15 February 2012

Gaduh lagi? Kelantan vs Selangor..



Apa cer???.. pesta sakan no ..nak tengok bola ke nak gaduh. sapa betul sapa salah pun tak tau. Tak penting la kot..Yang penting semangat setiakawan antara pasukan dan lawan. Bukan semangat nak melawan..adoi !!!!

Klik sini lah http://www.blogammar.com/2012/02/insiden-pergaduhan-penyokong-kelantan.html

Wordless ... opps few words




Musim luruh ? Pokok-pokok pun macam nak gugur dedaunnya. Agak panas.. yup panaih lit lit .. kata org Langkawi..








Tuesday 14 February 2012

Pendidikan kita gagal...????

Hari Sabtu lepas aku menghadiri satu dialog untuk ibubapa yang anak-anak berada dalam darjah 6 di sekolah anak aku.

Maka digariskanlah strategi untuk mencapai tahap peratusan tinggi dan kejayaan para pelajar termasuklah tuisyen tambahan dan sebagainya. Bagus dan ada perancanganlah sekolah tersebut.

Moga murid-murid mendapat manafaat dan sekolah dapat nama, kalau itulah yang hendak dicari. Biasanya zaman KPI dan KRA ni semua nak ada result dan "seemed to achieve something." So semua orang kena lah menghadapainya dan memungkinkan kejayaan dapat dicapai. Segenap tenaga ditumpukan kepada matlamat tersebut.

Suka tak suka, bila kita berada dalam kelompok tersebut, apabila kejayaan dinilai dengan bilangan pelajar dapat A, maka itulah yang menjadi fokus.

Cuma aku terkedu. Sangat-sangat terkedu bila keluar statistik ada 30 org tak tahu membaca. Bila ada terangan lanjut angka tu berubah, ada yang kata darjah 6 11 orang sahaja masih buta huruf, bila campur semua darjah baru jumlah mencapai 30 kot. Aku tak nak komen pasal angka jumlah sebenar. Mungkin aku masih terkedu dengan keadaan yg berlaku!!!

Cuma aku tertanya-tanya kemana tuju dan matlamat pendidikan. Apabila 30 orang masih tak tahu membaca maknanya tujuan pendidikan tak berjaya. We are losing the plot here!!
Punyalah banyak masa kat sekolah.. (6 tahun tu der). Masih ada yan tak boleh membaca??? erkk

Macam tergerak-gerak aku untuk ke depan dan mengatakan, " Para pendidik dan guru-guru yang dihormati, kalau masih ada 30 org sampai nak amik UPSR, masih tak boleh membaca, maka kita lupakan target bilangan nak capai UPSR, mari kita berdialog untuk pastikan 30 org ni boleh baca. Amat amat kelirunya kita kalau kita memikirkan pasal UPSR tetapi terdapat ada murid yang belum boleh membaca!!! Pada zaman sekarang? Saya anggap sekolah yang kita sayangi ni gagal kalau dari 140 org amik, 110 dapat 5A, tetapi masih ada 30 org tak tahu membaca"

Tapi..... aku tak kehadapan kerana aku tak mahu mengalih perhatian forum dan mungkin sesuai dalam masa mesyuarat PIBG. Akan aku dapatkan fakta dan aku akan berkomunikasi dengan guru besar. Rasanya mungkin pedas sangat statement aku dan mungkin akan mengalihkan dialog hari tu.Agenda dialog hari tu lain . Aku bertindak untuk mengutarakan dalam forum lain.. Aku gagal to " speak my mind" kerana Melayuuuuuuuuu dalam diri aku. Tapi aku akan bersuara/menyatakan pendirian aku kat sekolah tu dengan yang lebih lembut.

Tapi ....aku tertanya dalam diri aku, apakah tindakan aku mendiamkan diri antara punca gagal nya sekolah kebangsaan ( yg tertentu) berbanding sekolah Cina. Aku masih meragui kesenyapan aku hari tu...
Adussss..

P.s aku beberapa kali betulkan ejaan, ye lah dah tulis pasal pendidikan kan...

Sunday 12 February 2012

Photo: Mencari sudut di pinggir sawah

Aku cuba-cuba berkreatif. Tengok angle yang mana-mana sesuai kat belakang rumah di waktu pagi. Ketika mentari mendambakan sirna yang indah permai..

Apa salahnya aku cuba berkarya walau memang tahap amatur.. Mencari sudut sambil mengintai mentari... Maka hasil nya begini:

EXIF:
Exposure: 1/30s
ISO: 400
Aperture: F20
Flash : no
Focal lenght: 22.0 mm

Tiket dah confirm, bilik dah secured...




Sekarang ni tengah plan and budget serta persediaan untuk ke Jepun. Semoga semuanya berjalan lancar. Kalau tak menang peraduan ini entah bilalah nak boleh pergi satu keluarga. Alhamdulillah boleh juga bawa semua dengan rezeki tersebut.




InsyaAllah boleh main salji kat Hokaido. Dan jalan-jalan kat Tokyo.


Aku masa pergi Nippon dulu ( 10 years ago) ada berniat/berharap nak bawa family kesana pula. Bila aku pegang Mickey and Minnie Mouse yang aku beli di Disneyland Tokyo untuk Along dan Angah, teringat hajat aku. Moga tiada halangan untuk kesana. Mickey and Minnie tu masih elok lagi...








Dalam pada tu aku juga ingat kepada sahabat aku, Zamley yang sengaja skip trip ke Disneyland Tokyo kerana rasa guilty family dia tak join masa tu. Hebat kan..


Aku pulak laju saja pergi, teringat memang teringat yang kat Malaysia. Itu yang berazam nak bawak pergi... Tapi nak ke Disney Hong Kong ja. Dah dapat peluang bersama Club Med terus plan extent kat Tokyo 3 malam... .




















Saturday 11 February 2012

Along daftar di MRSM Langkawi

Assalamualaikum...
Kami berkunjung ke Langkawi, Pulau Lagenda untuk urusan pendaftaran Nabila. Tarikhnya 8 Mac tapi kami pergi awal-awal lagi iaitu 7 Mac lagi. Tak nak kelam kabut walaupun rasanya sempat juga pada 8 hb tu.

Nabila bertukar dari MRSM Terendak ke sana. Bersama sorang lagi kawan. Depa pun pi awal juga.

Pendaftaran berjalan amat lancar. Lagipun dah F4, jadi tak ada masalah sangat. Prosesnya simple dan teratur sekali. Dari mula sampai ke parking hingga ke hostel/ asrama. Ramai sekali badan-badan uniform termasuk PWP bertugas di segenap simpang.

Dengan bersemangat anak-anak muda nak tolong angkat beg.
Masa nak tunggu taklimat kami gegas ke jeti beli tiket sebab nak tunggu lama lagi . Taklimat bermula pukul 12.00. Pukul 10 dah selesai daftar. Dari MRSM ke jeti mungkin tak sampai 10 minit. Dekat ja... LEpas beli tiket , terus pergi check out.
Kemudian masuk MRSM semula dengar taklimat. Seterusnya perjumpaan dengan guru homeroom ..yang digantikan oleh suaminya kerana guru tu MC la pulak.

Lurvy dah jumpa pengetua MRSM Langkawi yang merupakan ustaz beliau kat Balik Pulau. Aduh, kecilnya dunia... Hari tu kat Terendak juga guru beliau jadi Pengetua. Ke sini pun jumpa guru juga, dan dia sendiri seorang guru!

Bila aku perkenal diri terus dia cakap dengan orang sebelah yang Lurvy anak murid dia. Lebih hebat dari dia sebab anak tujuh dan dia baru lima... aduyai. Tadi kat tempat lain dia sound kat kawan dia benda serupa...Ahaks..

Aisya...di celah celah pelajar yang berikrar




Semasa taklimat




Pesanan penaja untuk Along.. erm Ladies talk...





Dekat dengan entrance..







Blok Akademic MRSM LANGKAWi










Koperasi












Sempat tinjau ruang dobi/laundry









Asrama puteri.. Semuanya nama Tanjung ...(? kalau tak silap)







All girl..again...






Sib baik bawak askar...boleh tolong, mengacau..(Sorry MIn min)




Penat menolong



















Mengemas...Asrama dia ok. Menarik. Satu bilik empat orang.

















Ukur baju sukan...




Beg sebelum kena inspect... No jeans no khakis..no etc.. hey no problem! Nak belajar kena follow the rules lah Along. Kalau tanak ikut buat MRSM sendiri, boleh?


















Yang nak tolong angkat pulak anak-anak F2 kot.. tak pa la dik..berat tu!





Urusan pendaftaran berjalan lancar



Bila abah sibuk,,aisya jadi photographer...







Ni ha Aisya....










Blur pun blur lah Aisya... kalau tak bila nak ada photo abah








Oh ni gamabr hiasan..





Huih banyaknya photo di upload..... memang banyak aku ambik pun masa pergi Langkawi kali ni..walaupun atas urusan rasmi keluarga...wohahahaha


.Update. Neelofa kat MRSM Langkawi jugak????
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...