Sunday 26 February 2012

Weekend

Salam...
Petang-petang begini hujan, mula lah fikir nak cari makanan....Tapi layan blog dulu dan kurang dah layan fb. Eh kena layan ke?...hahaha.. Mana ada nak kena layan kan.. Just read some info dan kebetulan terjumpa entry Neelofa...wohahaha..
Just nak end the weekend, pepagi weekend ingat nak jogging tapi dua2 miss. Lurvy ada kelas lagi ari Sabtu dan aku ada bengkel Qmaths untuk Akmal dan Najmi..

Ok lah jugak QMaths ni, Tapi ilmu kalau tak praktis sama macam pisau yang berkilat tapi tak digunakan.... Mungkin boleh mengelirukan anak-anak sebab cara belajar kat sekolah lain .. Nanti confius pulak...

Petang kunjungi majlis walimatul urus , kemudia pegi IOI mall looking for the luggage.. Ada promo pulak! Terus la sambar 2 buah. Katanya discount 70% dari sebijik RM458 . Apa punya beg da..sampai macam gitu punya rege. Dah discount dapat la RM137 lebih. Huh punya la banyak margin dia kan.. Kalau discount pun tentu ada untung lagi kan.. Bag Arnold Palmer... Entah ia atau tak...Belasah je lah dua bijik. Gila punya bagak...Harap cukup la untuk travel.

Along pulak telefon mama dia.Panic. Katanya ada masalah tak sempat antar homework. Lurvy bagi solution, pegi lah hantar. Yang tak siapnya sebab MC sakit tekak dan demam. Khabar je lah kat cikgu camtu.

Dia pulak takut kena marah. Nanti cikgu marah lah , banyak tanya itu ini, cikgu garanglah. Puas Lurvy pujuk sampailah aku pulak take over.

" Along cakaplah hal sebenarnya, tak yah lah takut, bukan sengaja pun. "

Dia masih lagi cerita memacam, cikgu itu inilah.

Aku cakap" Ok cam ni , tadi Along call minta solution dan advise, mama dah kasi advise. Sekarang Along nak ikut ke tidak. Buat satu step at the time. Bab cikgu marah nanti explainlah.Atau Along nak ada perasaan takut, sampai cikgu tanya? Terpulang kat Along. Tadi Along call untuk mintak advise mama, mama dah cakap kan, sekarang decision Along untuk ikut ke tak. Ok"

Solve satu masalah dunia. Kalau tak selesai, mungkin ada panggilan dan panggilan lagi.

Petang tadi tetiba ada call lagi. Along . Hp mama dia tapi nak cakap ngan abah.

" Abah, boleh top up......" dengan nada yang bersahaja. Tak ada panic lagi...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...