Friday 30 March 2012

Wednesday 28 March 2012

Photo: "Panning" yang pening....


Aku pergi litar F1 antara tujuan lain untuk praktis ambil gambar kereta F1 yang laju dengan meggunakan teknik panning. "Panning" ialah teknik photografi yang menunjukkan "motion" atau pergerakan sesuatu objek . Kesan "motion blur" di keliling objek menyerlahkan kelajuan kereta tersebut. Namun kali ini panning aku agak pening dimana kurang menjadi. Mungkin mood aku kurang kerana keletihan .



Hanya beberapa gambar yang ''boleh la". Yang lain semua hancus... Hinggakan aku balik awal , 14 pusingan lagi belum tamat.




Hancus.... tapi aku suka jugak..menunjukkan laju... Tengok tu... O-M-D ( oh mak datuk) punyalah laju... tak sempat nak tekan shutter..


ni lah nasib kalau duduk kat tempat yang lurus, kalau kat korner mungkin lah slow sikit..



Yang ni boleh la... nak sedapkan hati... tapi terpotong la pulak..

Tuesday 27 March 2012

Malaysia F1 photo...F1 2012

Micheal Schumacer walk to his machine before the restart of the race



Tents everywhere.. Is it pasar malam or uptown sales?????Lelong lelong!!!






All wet at Sepang F1 Circuit (SIC) during 2012 Formula 1







Mercedes Petronas team








All Red!! They must be happy as Fernando Alonso wins the race..











A pose from a couple














More red fans





Monday 26 March 2012

Dividend Bank Rakyat 20%

KUALA LUMPUR: Bank Rakyat Bhd posted the highest ever net profit of RM2 billion for 2011, an increase of 49.5% over 2010.

The bank has also announced a total dividend of 20% which involves a cash dividend payment of 15% amounting to RM330 million and a bonus share dividend of 5% amounting to RM105 million for financial year 2011.

Photo : Malaysia Formula 1 2012 (F1 2012)

Micheal Schumacer returning to pit for final tune at Petronas Malaysia 2012. Fernando Alonso won the rain soak race that had been stop temporarily for 50 minutes after lap 9.

Sunday 25 March 2012

"KAKIGURI"


In Japan; Sahoro, this is called "Kakiguri", whilst in Malaysia something similar (but not same) called "Ais Kacang" or "ABC: Ais Batu Campur".

Photo: Aisya


Aisya standing near the "horse" that promoting an event at Tokachi-Obihiro Airport, near Sapporo Japan

Friday 23 March 2012

Kemuncak exercise ialah... (.nak tahu? baca ni..)


Patut lah ramai yang sign-up for fitness centre akhir-akhir ini..




Wow...what a finding:.
Now that was some workout: Women report having orgasms from exercise
LOS ANGELES, March 23 — Need a little more motivation to hit the gym? A new study published this week confirms what many have already known, that up to 15 per cent of women can experience orgasms, dubbed “coregasms,” from physical activity.

Published in the journal “Sexual and Relationship Therapy,” researchers from Indiana University in the US surveyed 370 women who’d experienced sexual pleasure or climaxed during exercise, many of whom had the experience 10 or more times. Most of the women reported that they weren’t having sexual daydreams and that they couldn’t control the onset.

Of the findings, researcher Debby Herbenick said that “they suggest that orgasm is not necessarily a sexual event, and they may also teach us more about the bodily processes underlying women’s experiences of orgasm.”

What workouts produced the most fireworks? Abdominal exercises were especially potent. The top pleasure generator in this category was a contraption known as the “captain’s chair,” where the user supports her arms and back against a frame, and she repeatedly raises her legs into a sitting position.

Women also reported orgasm-inducing effects from weight lifting, climbing poles or ropes (bootcamp anyone?), yoga, and biking and spinning classes.

“Magazines and blogs have long highlighted cases of what they sometimes call ‘coregasms,’” Herbenick added. “But aside from early reports by [Alfred] Kinsey and colleagues, this is an area of women’s sexual health research that has been largely ignored over the past six decades.” — AFP/Relaxnews


P.s.. Ladies! What are waiting for? Get your jogging shoes on and hit da gym. Dont hit so hard aaa....

Photo: Winter II



A water dripping from the melting snow in Sahoro Japan.

(Air menitik dari salji mencair. Aku mengambil gambar ni di perkarangan Club Med,Sahoro. Jepun)

Thursday 22 March 2012

Winter...(photo)

Ski set and poles are arranged outside the hotel....

SPM : Ranking MRSM

Ranking MRSM Terbaik SPM 2011
1.MRSM Tun Ghafar Baba 1.00
2.MRSM Taiping 1.06
3.Mrsm Pengkalan Chepa 1.12
4.MRSM Kuantan 1.19
5.MRSM Langkawi 1.21
6.MRSM Pontian 1.29

Sumber: Blog. Tak pasti rasmi ke tak...

Updated: the full list
SPM 2011 ranking mrsm:

1. TGB 1.00
2. TAIPING 1.06
3. PC 1.13
4. KUANTAN 1.19
5. LGKWI 1.21
6. PONTIAN 1.29
7. B.P 1.63
8. TRANS 1.70
9. P.SALAK 1.73
10. KKB 1.77
11. TAWAU 1.78
12. PENDANG 1.80
13. PDRM 1.83
14. SERTING 1.85
15. GEMENCHEH 1.88
16. MUADZAM 1.90
17. B.PAHAT 1.92
18. LENGGONG 1.92
19. P.HULU 1.92
20. K.TGANU 1.94
21. MERBOK 1.95
22. FELDA 1.97
23. K.K 2.00
24. K.PASU 2.00
25. BESERI 2.02
26. KUCHING 2.03
27. ALOR GJH 2.04
28. K.BATAS 2.06
29. JELI 2.07
30. TGS 2.10
31. K.BERANG 2.20
32. K.KRAI 2.23
33. TERENDAK 2.28
34. BETONG 2.29
35. MUAR 2.31
36. MUKAH 2.31
37. MERSING 2.32
38. BESUT 2.40
39. K.PUTRA 2.42

The new header....

After a few months now I decided to change the header.
The photo is a scene of a sunset near Kuah Jetty in Langkawi, the popular tourist destination in Malaysia

Wednesday 21 March 2012

Tak culik....tapi lari..

Nasib baik bukan ke Lombok..bikin gempar satu Malaya saja...

[Bernama] KUANTAN: Gadis yang dikatakan diculik ketika keluar membeli kad tambah nilai prabayar Ahad lepas, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, akhirnya mengaku bahawa dia sebenarnya tidak diculik, kata polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC T. Narenasagaran berkata, gadis itu juga mengaku bahawa dia dengan rela hati melarikan diri untuk tinggal di rumah teman lelakinya yang berumur 26 tahun disebabkan tekanan emosi yang dialami.

"Laporan yang dibuat kepada polis dengan mendakwa gadis itu diculik adalah tidak benar kerana dia mengaku dia tidak diculik tetapi melarikan diri dari rumah kerana tekanan perasaan," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Beliau berkata Siti Nur Fatihah ditemui di rumah teman lelakinya di Kampung Merchong dekat Pekan petang Selasa, selepas dikatakan diculik dua lelaki dan seorang wanita semasa bersama adik lelaki dan sepupunya membeli kad tambah nilai prabayar di Taman Tas di sini, Ahad lepas.

Narenasagaran berkata, remaja itu sendiri yang menghubungi kedua-dua lelaki dan wanita berkenaan supaya menghantarnya ke rumah teman lelakinya pada hari dia dilapor hilang oleh keluarganya.

Beliau berkata Siti Nur Fatihah kini dihantar ke Rumah Perlindungan Kanak-kanak Sultanah Fatimah di sini untuk kaunseling dan penjagaan kerana dia tidak mahu pulang ke rumah serta merayu tidak mahu menemui sesiapa.

"Kes ini telah selesai dan kami menegaskan bahawa ini bukan kes culik. Mangsa keluar rumah secara sukarela dan tiada unsur paksaan atau kekerasan oleh mana-mana pihak dalam kes ini.

"Mangsa keluar rumah dengan tujuan hendak menenangkan fikiran dan mahu tinggal sementara dengan keluarga teman lelakinya," katanya.

Ditanya mengenai dua lelaki dan seorang wanita berumur lingkungan 20-an yang sebelum ini dikatakan melarikan gadis itu, Narenasagaran berkata mereka tidak ditahan tetapi akan dipanggil semula untuk memberi keterangan berhubung kes itu.

"Mereka tidak melakukan penculikan tetapi polis akan panggil semula kedua-dua lelaki dan wanita itu untuk diambil keterangan," katanya.

p.s.. Kes selesai???

Tercekik masa memandu... kuih seri muka!









Seperti biasa pagi-pagi semasa memandu , aku akan cuba dengar coloteh Dj, kekadang lucu dan ada saja idea idea mereka. Kalau lagu tu mesti aku nak dengar lagu yang best je. Aku tak de specific genre dan specific channel radio. Kalau lagu best aku layan...kalau hampes aku tukar siaran. Tapi tak lah asyik tukar ja..




Ok ok , ni bukan cerita aku yang tercekik ...


tak nak kasi saspen, tetapi seorang wanita, yep, dan dia tercekik kuih seri muka!



Tadi dalam radio kl, dj announce ada kesesakan di MRR akibat seorang wanita tercekik kuih seri muka dan menyebabkan jam. Ada org update dj tu la kot pasal trfic kat jalan. Kereta belakang wanita tersebut hairan kenapa tak gerak gerak walaupun dan boleh jalanPergi tainjau rupanya pemandu wanita tersebut tercekik kuih seri muka. Dan terpaksa di bawa ke Hospital...



Mungkin besok kuar paper, entah lah tapi kelakar pun ada, simpati pun ada. tapi bukan kelakar nak ketawakan dia, kelakar ttng kejadian la. Harap2 dia selamat.. Huh.. musibah kat mana-mana je kan..




Adakah kuih tu terlalu sedap sampai tak sempat tunggu atau dia terlalu lapar..




P.s Jangan musti-tasking sangat masa memandu ok...

Tuesday 20 March 2012

Jalan Jalan Japan: Awesome.(Part 1)

Awesome!!! Satu perkataan yang menggambarkan percutian aku ke Jepun. Thnks to CIMB PRIME yang menghadiahkan aku pakej Club Med. Dengan adanya sponsor dari CIMB boleh la bawa family semua pergi. Mula ingat nak ke Yabuli (China) tapi atas rujukan dan cadangan Ms Yvonne Yap ( Club Med Malaysia), maka kami pilih Club Med Sahoro di Hokkaido sana. Dan pilihan yang tepat!!!

Hari Jumaat mlm berangkat ke Narita dengan JAL724. Departure @ 2330 mlm.. Arriving pukul 0600 Tokyo time. Flight smooth, walaupun tgh malam, anak-anak sibuk dgn movie dan games.
Landed at Narita dalm hujan renyai.
Fuh sejuk gilos.. Terus pakai winter dress. Takut anak-anak tak leh cope dgn sejuk tetiba. Suhu around 2 atau 3 celcius kot.

Then terus ke Haneda nak ambil flight pukul 11.30 ke Tokachi, Obihiro. Tranfer ke Haneda airport naik bas, Kos 3,000 yen lebih krang RM180 sorang. Kanak-kanak half price . Lebih kurang sejam jugak dalam bas dari Narita ke Haneda…

So kena cepat-cepat collect luggage semua dan beli tiket bas. Sebab public transport super efisien kat sana, tak lah panic sangat untuk sampai ke Haneda on time. Maklumlah dengan rombongan anak beranak semua sembilan org, kena plan timing properly.

Tunggu sekejap di airport sambil breakfast yang dibawa from Msia… Then boarding flight 1124 . Penerbangan sejam lebih . Sampai Tokachi Obihiro 1410 macam tu..

Putih salju…
Semasa pesawat menuruni ( descend) dari ketinggian berpuluh ribu kaki untuk mendarat aku terpegun dengan suasan putih meliputi bumi dibawah. Ok ok jgn gelak, aku memang tak pernah sentuh atau lihat salji yang sebenar. That’s the whole idea we choose the winter holiday. Tetapi aku teruja, kagum ( entah ayat apa yang sesuai) dengan persekitaran yang begitu berbeza. Its reallly white! Semua putih, seputih salju…eh memang salji pun..apa daaa,,,,


Occupied dgn game




good morning Tokyo... mentari terbit dari negara mentari terbit



@ Narita
Arriving @ Haneda
Sementara menunggu flight ke Obihiro


Menghampiri Tokachi airport , Obihiro
Salju......

Observasi di Japan


Seminggu di bumi Matahari Terbit banyak mengajar aku. Sebelum ku nukilkan catatan perjalanan, akan ku catatkan observasi aku terdapat sikap masyarakat Jepun.

Honesty dan disiplin. Orang Jepun ni sangat jujur dalam kehidupan mereka. Aku perhatikan atas sikap jujur ini melahirkan sikap disiplin yang tinggi. Mereka jujur kepada diri sendiri dan jujur dalam mengikuti peraturan. Mungkin aku melihat 5% peratus dari aspek kehidupan mereka namun berbanding Singapura, orang Jepun berdisplin atas kehendak diri sendiri manakala di Spura mungkin disebabkan ‘enforcement’.

Mungkin mereka terdidik cara budaya yang sebegitu hingga menjadi culture dan semuanya nampak natural.
Satu lagi aspek yang begitu aku kagum ialah kebersihan. Sangat-sangat bersih dan kemas. Dalam puluhan juta ‘Tokyoite’, mereka begitu berdisiplin sekali dalam kebersihan. Jika atas sampah pun mungkin sbb terjatuh dan bukan dibuang merata-rata dengan sengaja.

Dalam pada kekalutan dan kesesakan dimana semua org tergesa-gesa mencari haluan dalam subway mereka begitu humble dan betah sekali ingin membantu.

Green…
Semua sisa buangan wajib diasingkan dan dikitar semula. Sesetengah tempah semua sisa dalam tin dibersihkan dahulu sebelum dibuang mengikut jenis.

Lost and found.
Kebanyakan station ada “lost and found center “ dan kemungkinan besar barangan anda akan di ketemui semula. Ada staff hotel hilang hp dan dalam masa seminggu telefon tu sampai kepadanya kat hotel.. Bukan sekali tapi empat kali sudaaa.. Rasanya kalau sekali lagi patutnya hilang terus kot. Kesian org yang jumpa tu kena pulangkan….

Sunday 18 March 2012

JAPAN...and the journey begins...

Alhamdulillah....
Yessss,,, nice to be home... After a week in Japan.. Topic is about the journey has begun, i am not sure what was the last posting, ( i could check whattt...) but just wanna type anew. From Japan, I did post from my nokia...bila masa ada terluang, dan terconnect ke WIFI


Ok kat mana nak mula... posting entry travellogue ke Japan 1 minggu belated!!


By the way when kami touch down at KLIA, i craved for nasi lemak, nasi mamak and so forth.. hahahaha.. typical Malaysian. For a start let me post some picture...
Sebelum tu hari ni kira baru sampai ka rumah.. Touch down KLIA malam sabtu @1800 hours.. Sampai rumah pukul 10 mlm camtu.. tidur semalamam, pepagi terus balik kedah, ada wedding.. and hari ni barulah home sweet home.. What a journey!!!
Ok ok ni ha random picta dulu.. sebelum entry sepenuhnya...



salji dan salji
rising sun!...mentari terbit (view dari pesawat)
Aisya di bumi Tokyo
Ada orang 'tergolek-dog' masa snowboard
(p.s. bukan aku)

Sunday 11 March 2012

danish give up ski lesson....!!!


sekarang kat japan pukul 2:57pm. Aisya , min min and lurvy tengah tido. ?(font da ok)... tetiba terjaga .. lurvy kata bau goreng pisang..heehhe.. dah rindu goreng pisan dah ke.. akmal and najmi tengah join ski lesson dari pagi tagi sambung sampai ke petang. danish pagi tadi lepas tu give up... sejuk sangat kot.... najmi n akmal suka bangat! oh ya sini 15 org kakitangan from indonesia..  danish mama dia tanya nape taknak joindah? diam ja....                                            paham tak arahan dia???     dia jawab tak!                                 mama tengok macam danish paham ja tadi... erm danish ikut org yg paham laaaaa... OK LAH tU bOLEH SURVIVE LA .... ALAMAK FONT JADI PULAKKK      :.... HENTAM JA LAH... SETTING TETIBA LARI PULAK...   

bangun pagi di sambut salji....





sALAM dARI nEGARA mENTARI TERBIT JAPAN...lUPAKAN PASAL FONT AND CAP LOCK...MENAIP DARI NOKIA AKU YANG COKIA..KEJAP fOnT DIA OK JAP ..SO BIAR JA CAP LOCK..ANYWAY 2ND DAY IN JAPAN... NAK UPDATE JUGAK WALAUPUN TAK BAWAK LAPTOP... BANGUN PAGI DISAMBUT SALJI .. BUKAK JA BILIK POKOK2 PUTIH SAHAJA.. MAHA SUCI ALLAH..PERTAMA KALI MENIKMATI SALJI TURUN...SEMALAM FIRST TIME SENTUH SALJI..SEMUA TERUJA... TODAY AKU MISS SKI LESSSON UNTUK BIGINNER..ADUS... PASAL APA ? NANTI UPDATE LAGI... OK! JA MATA...GENKI DE....                 MAAF PASAL FONT. !!! CAM BLOG ANAK ANAK REMAJA PULAK..

Saturday 10 March 2012

di japan @ 11.09

alhamdulillah.safely landed di narita at 6.20 am. now already di haneda t1 awaiting flight to obihiro at 11.50

Friday 9 March 2012

Packing all nite!












  1. Packing...!!! ( macam status kat FB pulak).








  2. Bateri kamera.. Charged.








  3. Memory card ...formated atau copy ke laptop.. Dah clear memory.. plus extra card








  4. Ubat spare..dah siap amik satu set, dewasa dan kanak2








  5. Passport..huih penting ni..dah masuk dah beg...








  6. Yen... perlu tukar lagi... aduyai tukar 3 kali dah ni..rasa kecik ja RM compare ngan nippon ginko! Standby in case credit card tak lepas nun di sana..








  7. Roaming ...done. But call only really emergency. Sms di alukan.. rate biasa..








  8. ATM ..released for oversea withdrawal.








  9. Card credit... released.








  10. Kamera..in da beg already..








  11. Charger...hp dan kamera



12 Passport dah pdf dan sent to own email... kalau apa apa hal leh print ....


13 Time solat dan direction kiblat dah download...!!!









p/s huih tajuk macam 18 sx la pulak.....









Thursday 8 March 2012

Ni ni ni niinnndiaaaa.. Perkahwinan terpantas


Rekod dunia ke apa....Sah sah kahwin kerana harta kot ni..

THE marriage of a young Taiwanese couple lasted only an hour after the husband dithered over his wife's request for a new car, reported Nanyang Siang Pau.

The wife, known only as Wang, had brought her husband, known only as Lee, to a car dealer soon after registering their marriage as she wanted her husband to buy an imported car for her.

But when Lee, 23, said he would consider it, Wang, 27, immediately snapped: “Divorce me if you do not want to buy!”

They then went back to the registration department to file for a divorce..



p/s . Tu dia aihhhhhh

Wednesday 7 March 2012

Japan Trip: Susah juga nak dapatkan Yen...

Assalam...
Di luar masih lagi hujan. Sejak lepas Isya' lagi. Ramai dah tidur. Aku baru siap gosok baju sekolah anak. Kena paksa rela ... Selalu Lurvy yang buat tapi minggu ni sekolah asyik meeting saja. So dia nak tanda paper mlm ni...

Di TV ada repeat Arsenal lawan Milan. Layan juga sambil 'mute' volume. Urgh ,, bola lagi. Dia ada peringkat-peringkat peminat bola ni. Ada yang minat bola, in fact semua minat bola,... satu minat main , satu lagi puak minat tengok. Lepas tu komen berjela..... Uish apa aku tulis pasal bola ni..

Semalam petang selepas kerja pergi 3 pengurup wang, cari yen. Semua kata tak ada stok. Area punchong mungkin dah habis. Tengah hari tadi baru dapat tukar. Tu pun order dulu. Kata tunggu setengah jam..Last last after 5 baru sampai.. Pulak tu kurang dari yang order..
Ok lah pepehal dah ada YEN. Maybe esok tukar lagi..

Planning to Japan dah ok. Budget pun dah siap. Barang dah beli.. Kena final checklist esok . Jumaat nak bertolak. 9 mac till 16 mac...
KUL_Narita- Haneda- Obihoro. So far, usha thru internet ni ok saja route ni...

11 Mac ulangtahun Tsunami kat Fukushima....Jepun ni banyak ulangtahun sebenarnya.. Yang aku ingat 6 ogos hari peringatan gugurnya bom nuklear kat hiroshima... Tapi semua nya Jepun dapat bangun..Adakah kita juga dapat bangun bila jatuh. Bukan saja bangun, malah bangun dengan lebih gagah... !!!!

Genki de!!!

Thursday 1 March 2012

Agak kelakarlah jugak...

Kekadang benda benda simple buat kita tergelak sorang-sorang. Ni ha salah satu contohnya:







Cara mereka menjawab.
Kekadang kanak-kank ni jujur dan kekadang saja nak buat lawak .. URmmm atau memang tatau nak jawab!!



































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...