Thursday 29 November 2012

Bagaimana simpanan SSPN membantu menjimatkan cukai ?

Assalamualaikum bloggers and readers..


 Salah satu cara untuk merancang kewangan ialah memahami pengiraan,pelepasan ( relief) dan rebat serta lain-lain berkaitan percukaian di Malaysia. Dengan memahami keadah dan syarat serta pelepasan cukai , ianya boleh membantu kita menjimatkan cukai yang dikenakan ke atas individu.

Salah satu contoh yang perlu dipahami oleh pembayar cukai ialah samada perlu buat taksiran bersama atau pun berasingan, Ini adalah sesuatu yang basic dan perlu diketahui oleh pembayar cukai.
.

Kali ni aku nak kasi tips bagaimana kita boleh menjimat cukai dengan SSPN.

 Bagaimana simpanan dalam SSPN  boleh menjimatkan cukai individu.?

Dalam budget baru2 ni kerajaan telah meningkat pelepasan untuk pembayar cukai apabila membuat deposit untuk anak2 didalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dari RM3,000 kepada RM6,000.

Untuk memudahkan pemahaman kita ambil contoh “pendapatan bercukai “ ( chargeable income tax) tahunan untuk individu A ialah RM70,000.00

Kalau tanpa pelepasan simpanan dalam SSPN , jumlah cukai perlu dibayar ialah :
RM6,650. (Berdasarkan  jadual cukai pendapatan individu).

Jika A membuat simpanan dalam SSPN sebanyak RM6,000.
Chargeable income telah menjadi RM70,000-6,000 = RM64,000.

                Cukai yang dikenakan ialah
                                RM50,000 yang pertama è RM2,850
                                RM14,000 x 19%               =>  RM2,660
                                Jumlah cukai                      =    RM  5510

Penjimatan cukai RM6,650-RM5,510 = RM1,140.

Dengan simpanan sebanyak RM6,000, A dapat menjimatkan RM1,140.
Kadar pulangan ( bersamaan dengan penjimatan )penyimpanan  dalam SSPN ialah :

                                                1,140 / 6,000 = 19%


Menarik bukan?


Oh macam mana pulak dikatakan pulangan sebanyak RM1,140??? Konfius ke..
Sekarang ni anda hanya perlu bayar tax RM1140 kurang kan.
Instead bayar ke LHDN,, anda boleh simpan wang itu kan... kira return la jugak....

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...