Monday 19 November 2012

My thought: Dah orang tak hendak...

Assalamualaikum bloggers and readers..


PErjalanan dalam kereta tadi membolehkan aku mendengar bual bicara Radio24. Kebetulan tetamunya bapak dari Indonesia. Mungkin Duta besarnya atau pegawainya, aku telah terlewat makanya tak sempat dengar pengenalannya.

Dari bual bicara yang bagiku ingin membincangkan soal yang luas namun hakikatnya terkait juga dengan isu Pembantu Rumah. Tak dapat tidak.

Sebelum itu aku tertarik dengan hujah yang dibentangkan oleh beliau:

Katanya : " Sebenarnya orang Malaysia tidak mengerti orang Indonesia, Kuasa ekonomi yang ke17 dunia. Kuasa ekonomi yang terbesar di Asia Tenggara...

... bila disebut orang Indonesia, pesepsi orang Malaysia adalah pembantu rumah atau yang lelakinya pekerja ladang"

Ok.. aku nak jawab kat sini walaupun aku tak perlu jawabkan..

Mungkin benarnya tanggapan beliau tentang tanggapan org Malaysia terhadapa Indonesia. Mungkin ya mungkin tidak. Ada lah kot berandaian begitu.. nak kata tak ada tipu lah...

Tapi ulasan aku ialah kenyataan tersebut adalah persepsi beliau tentang persepsi org Malaysia.

Dengar baik baik " Ianya persepsi tentang persepsi".  Tu la, persepsi yang bahaya tu..

Bagi aku:


  • Orang Indonesia adalah orang Indonesia. Ok.. Apa yang aku kenal:



  • Orang Indonesia ialah bangsa yang sanggup bergadai , bersusah  untuk mencari rezeki, waima dengan cara halal atau pun tanpa izin.



  • Orang Indonesia suka ambil risiko.. Suka berniaga dan sama macam penduduk mana2 negara.

Jadi persepsi beliau tentang persepsi rakyat Malaysia mungkin ada betulnya tapi tak semestinya betul.

Bukan berdasarkan fakta hanya persepsi belaiu..

LAgi satu pasal (pembantu rumah asing)PRA mengapa tiada PRA dari Indo sekarang ni...:
Jawapan beliau ialah agent disana tak nak hantar. Itu saja. Atas faktor-faktor komersial:
Katanya, kalau fee yang banyak mungkin Malaysia jadi pilihan. sekarang ini mereka memilih untuk menghantar berdasarkan ke negara yang menguntungkan mereka . Simple as that. Commercially driven.

Mereka tak hendak..

So jgn lah kita tersorong-sorong..

Makna kata setelah Arab / Singapore/ Hongkong dah tak nak maid lagi baru lah supply tu adaaaaaaa...

Org tak nak kita jgnlah merayu-rayu.. Pikir alternatif lain...

( my thought pennned earlier date that posted)



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...