Friday 15 March 2013

Review dan komen : Samsung Galaxxy S4 dilancarkan

Assalamualaikum bloggers and readers..


(Mari lihat Samsung Galaxy S4  yang baru..Telefon ni telah dileraikan satu persatu)



Telefon terbaru dan tercanggih dari Samsung, Galaxy S4 baru saja dilancarkan di negara iPhone, Amerika Syarikat.


Adakah ia akan terus menguasai pasaran dan terus memberikan tekanan dan asakan yang sengit kepada iPhone??
Adakah ia akan menjadi pusat Galaxy telefon pintar di era ini?
Samsung Galaxy S4

Dalam zaman teknologi  adalah menjadi satu cabaran untuk mereka cipta dan melancarkan satu telefon yang menjadi keterujaan pengguna dan pada masa yang sama boleh memberikan kejutan.
 Khabar angintelah berlegar sekian lama dan ada gambar-gambar telefon tersebut telah pun bocor di internet sekian lama.

Hinggakan gambar S4 yang dilerai/ terlerai pun telah muncul.:



Gambar-gambar dari sumber  http://mobile.it168.com/tu/1462254.shtml













gambar2 lain dibawah


Apa yang penting sudah tentunya, adakah telefon S4 ini dapat melonjakkan Samsung dalam persaingan mendominasikan pasaran berbanding iPhone dan seterusnya memberikan keuntungan.

Penting juga dalam menakluki minda dan percepsi pengguna tentang siapa paling unggul.

Nampaknya pelbagai review berpendapat bahawa S4 mempunyai potensi yang besar untuk mencapai faktor2 yang telah disebutkan .

Kerana, pertamanya, Android telah menjadi OS yang paling popular, ditambah pula dengan peningkatan jualan siri Samsung Galaxy disebabkan tawaran model-model yang banyak.

S4 telah ditingkatkan dari pelbagai sudut. ( Namun bagi pengguna biasa tentu tertanya apakah yang di huha sebenarnya. Smartphone adalah smartphone la kan…)

S4 adalah hampir-hampir sama dengan sebelumnya dari segi saiz dan berat . Hanya kurang nipis 1mm dan kurang beberapa gram, kalaulah pengguna perasan)
Skrin layarnya dibesarkan kepada 5 inci. ( kawan aku mention 4.99 inci…ada juga .99 tu. Macam sale gimik saja. Aku tak pasti selagi tak pegang phone tersebut).  Dan baterinya 25% lebih besar. ( yang mana penting? Lagi besar ke lagi tahan lama? Dua dua la kot penting ..hehehe)

Materialnya sama seperti dulu iaitu polikarbonat, mungkin belum beralih kepada metal yang lebih utuh. Mungkin juga plastik polikarbonat lebih ringan.
Menjadikannya kurang solid dan sexy.


Antara perkara baru yang molek di highlight:

1.      Kamera depan dan belakang boleh digunakan serentak.. ( tapi untuk apa ya?)
2.       S4 boleh beroperasi tanpa disentuh tetapi hanya dengan pergerakan, (gesture.)






4 comments:

  1. emmm, dasat jugak tu kalau boleh buka sampai tahap begitu. Macam main lego pulak, cantum2 gitu. :)

    Apa2 pun harganya mestilah mahal... :(

    ReplyDelete
  2. saya masih setia dengan S2. tapi rasanya cam baru je beli.. dah keluar sampai S4

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...