Thursday 7 March 2013

Tak tau tinggal....

Assalamualaikum bloggers and readers..serta, Sejahtera dan amanlah Malaysia..

Semalam , Hari Jadi Anak ke 4.
Akmal Danial...

Selamat HAri Jadi Akmal.
Moga berjaya dalam kehidupan , Dunia dan Akhirat.
Amin..


Juga semalam
dia ada ujian maths...
Aku terdengar dia bagitahu Lurvy
 " Tak sempat habis mama"
"Kenapa, susah ker?"
" Tu lah soalan nombor 3. Akmal cari cari jawapan. Lama . Akmal buat tak der jawapan. Buat lagi tak ada jawapan. Akmal dok buat soalan tu je ... Pastu  tu cikgu baru bagi tau soalan salah. Masa tu tinggal 10 minit lagi"

Aku, dalam hati: "Aduyai...anak aku sangkut kat soklan no 3. Soalan salah. Dia cari jawapan setengah mati. Tak jumpa jumpa jawapan. Budak darjah 4. Pertama kali multiple choice. Pertama kali jawab dalam kertas jawapan lain. Budak lurus bendul. Mungkin logik dia mesti ada jawapan punya. Cikgu pulak tak buat pembetulan diawal ujian, Lagi sepuluh minit baru bagi tau."

Aku: " La, jadi Akmal jawab 3 soalan saja ker?"
Akmal: "Tak lah abah. Bukan no 3 . no 23. Lepas tu ada sepuluh minit lagi Mal buat lagi 4 5 soalan."

"Hmm, tak pe lah nak buat macam mana. Lain kali kalau cuba 2 3 kali, tak de jawapan , buat yang lain. Jangan la dok cari jugak. Sampai habis masa..."


Bagi aku "blessing in disguise" juga berlaku semalam....
Kalau berlaku lagi tentu dia ingat dan beringat..

Tapi kalau cikgu tu buat pembetulan awal2 lagi baik kot.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...