Tuesday 23 April 2013

Nukilan: Ini bukan blog politik.

Assalamualaikum bloggers and readers..

Balik dari ofis hari ni aku terus ke Putrajaya. Ada perkara perlu diambil dari sana. Cepat aja sampai dari ofis dalam kurang sejam sudah sampai.

Teringat sahabat yang menetap di sana. Kawan serumah sewa, kawan sekursus masa belajar, kawan dari negeri yang sama. Apa lagi, rancak lah berborak sampai ke maghrib. Tu lah elok berbual sebelum maghrib, boleh berenti cepat, kalau lepas isyak kat kedai mamak tentu lewat abisnya.

Sembang pasal politik yang lamanya. Dua kutub yang berlainan, namun saling menghormati pendapat memasing.

Menarik sekali penghujahan dan fakta dia. Semuanya logik, pada pandangan dan hujah memasing.. Pendapat diulas setakat yang ada fakta, yang tak pasti betul benarnya , memasing cakap  tak pasti. Andaian tak diambil kira.

Aku declare aku taking side, so, hujah dan pendapat aku biased terhadap sesuatu pihak tapi nak dengar juga view sahabat aku.  Kenapa dia  memilih sebelah dia.  Sangat terbuka dan saling menghormati...Sangat demokratik...Dan tentunya dia biased dan berpihak kepada parti dia. Of cos lah, free country what.. Memasing boleh dan bebas memilih..

Pendek cerita, dengan semua penghujahan, secara konklusinya perkongsian maklumat dan perbincangan secara berhemah memberi satu "insight" yang bermakna.

Soalan aku sebelum berpisah:
 " Oklah,  aku nak declare yang aku "taking side" dan aku memang biased dalam hujah aku, sebab aku believe dalam pihak ini, aku dengan rendah diri harap kau akan vote pihak yang aku sokong  demi......
( hujah hujah aku yang tak perlu aku huraikan kat sini),... ok bro?"

"Insya-Allah bro, aku akan fikir balik kata-kata hang, ujar beliau.".

Dan kami pun berpisah untuk menunaikan maghrib.

p.s. Dalam kereta terfikir pulak aku,alangkah indahnya kalau kami berjemaah bersama-sama di surau terdekat. Tapi kereta kami terus bergerak kereta bertentangan, tak sempat nak honk.

p.s2. Oh ya ni bukan blog politik walaupun aku sangat berminat dengan politik.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...