Tuesday 30 July 2013

Kubur vampire ditemui

Assalamualaikum bloggers and readers..

A ''vampire'' skeleton in Gliwice, Poland.

Apabila ahli-ahli arkeologi membongkar sebuah kubur purba di tapak pembinaan lebuh raya berhampiran Gliwice, Poland, mereka terserempak dengan keadaan seperti adegan dari filem seram: tapak pengebumian vampire.

Di situ disyaki kubur vampire dimana terdapat  rangka manusia yang terputus kepala dan diletakkan  pada kaki -amalan pengebumian Slavic purba mereka untuk menghapus sesiapa yang disyaki sebagai Vampire ..
...dengan harapan bahawa mayat yang dipancung  tidak lagi dapat bangkit dari kubur mereka...


MAcam macam dunia ni... hermmm

Friday 26 July 2013

Sekeping gambar seribu cerita, berjuta andaian,,,,

17 Ramadhan 1434

Assalamualaikum bloggers and readers..

Memang betul gambar mencerita seribu perkataan. Lebih  banyak gambaran yang dapat dibuat dengan melihat sekeping gambar. Mungkin seribu mungkin sepuluh ribu cerita dapat diulas dengan sekeping gambar.

. MAcam gambar ni..
gambar  hiasan.


Ok tu intro dia... entah apa apa punya intro. Ade ke diletakkan gambar gadis Turki la pulak. Nasib baik gi Turki dengan Lurvy..

Nanti pa lah pulak andaian orang...

ok ok...Sebenarnya aku simpati dengan  apa yang berlaku baru baru ni..

Orang kata " First cut is the deepest". 

Ni ha cerita Sekolah Keb Pristina...

MAcam tu lah penangan perkataan yang diserta dengan gambar yang berbunyi " Pelajar dipaksa makan dalam tandas"
memang ayat tu ayat killer..
dan ada gambar serupa pulak tandas.. Ada cubicle dan ada sinki bagai..
Memang kena pukulan maut..

Nak jawab pun dah tak boleh.. Damage has been done. Samada sengaja atau tak sengaja caption tu diletak

Kalau bilik persalinan pun jadi masalah besar kepada dia sebab gamabr mencerita seribu perkataan. 

Malang lagi bila " Sekeping gambar memberi peluang untuk massa (org ramai) menbuat sejuta andaian". 
Dikatakan  tandas walaupun bukan tandas..

Pelbagai pihak komen dan retweet dan buat entry..Ssampai jadi polemik yang besar.

Adakah ada agenda atau suasana ini menyerlahkan apa yang terbuku di hati masyarakat Malaysia.
Adakah tiada lagi jalan keluar yang lebih harmonis kalaupun betul apa yg tersirat di foto tersebut. Adakah semua perlu dikaitkan dengan kaum, penindasan dan politik yang tiada kesudahan.

Aku berpendapat..( err boleh kasi pendapat), setiap isu kena tengok kepada apa yang hendak ditonjolkan. Kalau kata inilah peluang untuk bikin bising memang lama lah isu ni berlegar. 
Tegur lah berhemah....

Ini dengan ada ugutan bunuh...

Dalam entry aku sebelum ni aku tetap kata kalau betul dlam tandas tak bijak lah tindakan itu. Tapi aku rasa caption pada gambar " Makan dalam tandas" mempunyai implikasi yang besar dari isu yang hendak diselesaikan.. Kerana yang sebenarnya bukan tandas...

Aku nak kata isu ni kecik nanti pihak yang kena batang hidung akan kata " kalau kena kat kami hampa anggap kecik".. Susah juga nak komen.

Beginilah... kekadang aku tengok kat kedai makan pun ada meja sebelah tandas... real punya tandas tau bukan bilik persalinan. Kat gerai tepi jalan pun ada yang makan tepi longkang yang ar nya hitam pekat, sama pekat dengan air gula cendol yang dipesan tadi..

Sebabnya ialah fokus. Masa tu fokus pada makanan, tepi longkang pun tepi longkang asal sedap. Kalau kita tengok pula mungkin kita fokus pada longkang tu pulak...tak sanggup.

Aku bersimpati pada pendidik dan GBesar sekolah tu jika fokus masalah tu dilihat bukan dari sudut yang sebenar..Dan penyelesaian yang diharap menjadi lebih "busuk".

Jadi marilah kita berhati-hati  tentang apa yg tertulis, apa yang tersurat dan apa yang tersirat..




Ratu cantik... lawan bola .....JDT

Assalamualaikum bloggers and readers..

Kuat betul semangat depa ni

Ada orang masih mahu masuk pertandingan ratu cantik. Walaupun  tak dibenarkan.

Aku tak pasti jenis apakah pertandingan ratu cantik sebenarnya. Adakah untuk orang yang perasan depa cantik atau pertandingan uji kebijakan juga, ada uji otak sikit sikt, buat syarat.
Supaya tak exploitasi wanita.

Apabila tak boleh bertanding mula lah tanya awat renang dan gymnastic boleh pulak?

hah sapa mau jawab..?
 Bagi aku jawapannya senang ja.. " Two wrongs don't make it right"

Renung renung kan lah...

Bukan apa, buat malu saja benda macam ni pun jadi polemik.

Ok cukuplah pasal ratu yang perasan cantik...opppss.


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


Bolasepak.

Malaysia lawan Chelsea tempoh hari. Khabarnya ramai yang datang sokong,,,err sokong Chelsea.
Adapun sepanduk berbunyi " Walaupun sokong dan pakai baju  Chelsea, namun Malaysia tetap di hati ""
Cewahhh.. Sedap bunyinya.... Kalau Malaysia lawan Timur Leste agaknya ramai macam tu ke.?
KAta di hati...

Aku, kalau team mana pun lawan Malaysia, aku tetap tak akan pakai baju team lawan. Titik.

Dan Rajagobal pun satu, asyik cari pengalaman saja. Banyak yang dipelari dari perlawanan tersebut.
Lawan Chonburi macam tu jawabnya, lawan Maldives lagu tu juga.. Lawan Chelsea pun sama..
Pun sama , pun sama. Macam cerita gembala kambing:
                    Org tanya: Kambing pak cik jaga ni makan banyak mana?
                     Kambing hitam ko putih?
Kalau putih............
Kalau yang putih....Dalam empat kilo dedak..
OOOOooo. ( pakat pakat angguk,,detail jga org tua  ni)
Kalau yang hitam pakcik?
Pun SAMA...

Betul kan?
 sama jer dengan gembala kambing...


Soalan: Coach apa yang coach nak dari games frenly nanti

Lawan Chelsea ke lawan budak sekolah?

Lawan budak sekolah?
Nak cari kombinasi terbaik...
Ooooo...kalau lawan Chelsea..
PUn SAMA...

Aduyai...


Jap jap.. ado ko kambing makan dedak..??
Korang pun SAMA.... main terima bulat bulat..


.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Lion XII

Aku analisa punya analisa, maka aku dapat buat kesimpulan, kenapa Lion XII menang Liga Super.
Tak lain tak bukan sebab JDT.

Apa kena pulak dgn JDT ni?

Gini..
 Di belinya pemain ternama dari pasukan lain. Habis team lain kena rombak.
Dengan Mat Yo nya, Aidil, Shafiq... semua tertarik dan tinggalkan pasukan yang ternama dan ada potensi juara seperti Selangor dan Kelantan. Tempanglah pasukan tersebut

Tak salah dibelinya..

Tapi masalahnya Fandi tak pandai garap dan bentuk pemain ternama ni untuk kukuhkan JDT. Kukuh tu kukuh la bukan tak improve lansung JDT ni, tapi patutnya boleh juara. Nampaknya Fandi gagal. Dan sekarang ni coach LDT dengarnya dari Spain ke mana tah.

Itulah harapan aku.. Fandi memang pemain hebat  tapi bukan coach yang hebat.

Oleh kerana team yang kuat dilemahkan oleh pembelian ke JDT dan JDT yang banyak star pun gagal makanya Lion XII ambil peluang...

Itulah analisa aku....

Tuesday 23 July 2013

Selidik dulu sebelum melulu,,,

Assalamualaikum bloggers and readers..

Aku nak ulas dan terpanggil pasal makan dalam toilet.. Mula-mula sekali aku tak pasti samada toilet ke tuh, bilik persalinan ker. Aku tak tau..
Tak tau dan tak pasti..

Look like toilet , may be not toilet..
Smell like toilet...eh from the pic cannot smell lah!

But i smell something fishy here.

Why on earth mereka suruh makan dekat toilet, kalau lah betul tu toilet.  ( huh!! why on earth tuh)
Kalau bukan toilet , kenapakah manusia suka post gmbar yang kontrovesi dan menjemput org berkongsi benda yang mungkin memanaskan isu tersebut. Why the hell masukkan gambar yang kita sendiri tak pasti.

Ok full stop! Mngkin seronok atau suka suka..

Lagi satu persoalan.. Agaknya lah kenapa pihak pengurusan bertindak macam tu?
Pikir pikir takkanlah sebegitu keputusan mereka....

KAlau suruh org makan dalam toilet memang bingai.. Kalau betul. Sekarang ni betul ke??
Sapa yang 100% sure??

Selidik dulu sebelum melulu...

Dan.....

Assalamualaikum bloggers and readers..

Sikit pasal bahasa Kedah..

Perkataan DAN.

1. Dan
Penyambung dua perkataan atau benda.

E.g Macam ayam dan itik.
Biasalah yang ni kan... biasa digunaka.


2. Tak 'dan-dan'
E.g Amboi hangggggg, tak dan dan lagi dah makan. Tunggu la abah samaaaaa.

= Tak sabar sabar lagi


3. Dan la sat.
Laaa.. dan sat. Nak siap sat. Takkan nak pi dah
= Tunggu sekejap.



..dan ni pulak ada lagu yang aku minat la jugak..

Tajuk dia" DAN."

Dan...
Bila esok datang kembali
Seperti sedia kala dimana kau bisa bercanda
Dan...
Perlahan kaupun, lupakan aku
Mimpi burukmu
Dimana t'lah kutancapkan duri tajam
Kaupun menangis, menangis sedih
Maafkan aku...

Dan...
Bukan maksudku, bukan inginku
Melukaimu sadarkah kau di sini 'ku pun terluka
Melupakanmu, menepikanmu
Maafkan aku

Lupakanlah..

caci maki saja diriku
Bila itu bisa membuatmu kembali bersinar
Dan berpijar seperti dulu kala 






As-Salam...

Assalamualaikum bloggers and readers..

14 Ramadhan / 22 July

Agak lama tak update blog ni.
Pagi tadi ke Parit menziarah ibu mertua ofis mate  meninggal. Umur dengar 84 tahun. Sakit tua. Sudah sampai ketentuanNya. Moga ditempatkan bersama org beriman.

Alfatihah..Sudah sampai masa dia. Macam mana pula kita???

....................................................................................................................................................

Malamnya decide untuk return tiket bas anak buah sebab ada option lain untuk dia ke kampung.
Tapi kaunter nak bayar separuh harga. Bolehlah kan...

Tapi kena tunggu dia jualkan dulu..
Erm.. kalau dia on the spot bayar half price ok lah jugak walaupun rasa risk dia free kan sebab ramai org nak balik raya. Senang jual punya. Tapi dia kata kalau boleh jual baru dia bayr half price,,,
Erm risk pun tarak.. KAlau cam tu tak leh la dia set the price..Cam consignment je lah.
Risk free beb..Nak return 100 percent... Cantiknya berniaga....KAlau tak ada org beli aku kena amik balik tiket tu cam tu ja... hermmmm..

ANyway...musim perayaan kan tentu semua mau untung...

........................................................................................................................................

Jerebu is back..

Tak bpleh nak tepis dan nak bersilat dengan Indonesia rasanya.
Biasakanlah diri..
Anggaplah ianya bermusim seperti musim hujan, musim kemarau dan musim durian... Ataupun musim dangdut..lantak pi lah...

Kalau teruk sekolah tutup..
Itu yang Akmal dan Danish cakap..

Banyak cantik!

............................................................................................................................


Yasmin pepagi dengan bangganya bagitau.

"Adik no cry at school" Only two (days) cry. Now no cry"
Memang dua hari ( atau tiga hari) siap tak mau turun kereta kat tempat baru ni...
sekarang sesangat ok.. Dah boleh adjust agaknya.

Dan dia makin talkative,, and more close jugak dengan daddy..
:)


Soalan yang tak boleh nak jawab" Abah,,,, fish ball bahasa inggeris apa???

.....................................................................................................................

Pasal Si Joe berpuasa.

Joseph ke apa ke nama dia..
Ada banyak status share...
Err nak komen ke...

err..tak payah la kot.....

Gud nite..

P.s Selamat mengerjakan Ibadah Puasa dan meningkat amalan dan latihan ke arah yang baik baik.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>.>>>

Wednesday 17 July 2013

Dah la nak berhutang , ko nak suruh amik accessori itu la ini la...Huishhh

Assalamualaikum bloggers and readers..


Biasalah petang2 dalam bulan puasa jalan teramat jem. Tapi kan memang macam juga bertahun2 dahulu. Tak ada improvement dan tak ada bertambah mudarat.. Sama saja...

Semalam Akmal hilang beg sekolah agama di surau.Lepas solat zohor keluar saja bag tarak.. Ish,,, jem juga memikirkannya. Tak tau nak cakap apa lagi.

Kesian dia seluruh kelas dia pi cari. Entahlah berita hari ni baik ke tak. Kalau tak jumpa, tak dipulangkan makanya kena amik list buku dan beli baru lah.
MAcam-macam..

Tengoklah hari ni..Harap ada org pulangkan..Sempena bulan posa ni insaflah kot kalau nak sembunyikan ke apa..LAwak pun ada had dia. Bag org nak belajar kot..

Bank telefon juga tadi, loan dah pre-review tu ok. Lepas la kot. So ok lah...Apa pun tengah mikir nak loan ke tak..Ha ha ada pulak macam tu... Belum habis pikir lagi..

Hari tu pi survey keta. Ada cerita jugak. Niat dihati biarlah berurusan dengan salesman Melayu, ye lah sempena bulan posa ni. Boleh juga dia dapat komisen lebih,, tapi bolehnya dibuat dek saja. Muka ni jenis tak ada duit kot nak beli kereta..agaknya kot. Tapi tak pe lah. Dah memang dia tak  nak servis kita, kita cari lah yang terbaik. Bukan aku racist hanya nak buat sales ke pada dia saja. LAst last aku pilih meritocrasi ( agaknya), yang berhemah, yang semangat nak jaga pelanggan

. Memang nekad dah just nak confirm booking saja. Tapi sombong.. Aku deal dengan Ah Chong...

Pendeknya Ah Chong tanya aku mau tambah accesori ke tak..Spoiler..atau body kit dan bagai bagai lagi...
Aku tanya: " Chong, u tau ka,, dari tadi kami dok tanya pasal loan, lagi mau tanya pasal accesori ka?"

"Bang . saya tak paham la" Huh Ssalesman ni panggil abang la pulak.

Mai aku nak habag kat hang : "Cam ni Chong.. Nak beli ini kereta pun berhutang lagi mau tambah pelik-pelik ka. KAlau buat hutang tu amik yang basic cukup la.... Saya pun heran la org sekarang .. Amik loan 9 tahun sampai naik lunyai kereta. hutang tu, masih ada hajat nak amik spec yang gila2 punya premium.. Hilang akal kot.. Betul tak Chong..??

"OOO Itu macam ka!???So abang mau amik loan ke tak mau.."

"U apply je loan. Kalau tak lepas loan ,saya bayar cash.."
wah wah wah...Aku gempaq dia.

Padahal aku yang cuak. Mana ada duit mau bayar cash..Tapi mau pakai kereta baru..Cam mana???

Oh bukan aku tapi untuk Lurvy...

Keputusan Malaysia vs Chonburi FC 16 July 2013

Assalamualaikum bloggers and readers..


Tak ada live..? Mungkin sebab lawan kelab kot.. Apakah keputusan akhir..

Setakat ni

Malaysia 0 Chanburi FC 0

Thursday 11 July 2013

Ramadhan mengajar tentang kesabaran, tapi ...

Assalamualaikum bloggers and readers..

CAtatan 1 Ramadhan.. Nampaknya entry aku lately pasal kelakuan orang saja. Ish,, busy body ke hapa ni...

Tapi yang ni kena tulis semoga jadi pengajaran.

Nak nak pula bulan ramadhan yang mengajar kita penuh kesabaran ni.

Peristiwa : Berbuka Ramadhan,
Bila: 1 Ramadhan 2013

 Aku plan dengan keluarga  untuk ke masjid Sultan Zainal Abidin. Nak merasai suasana dan yang penting aku rasa berbuka reramai ni tertib dan dengan solatnya dulu setelah makan kurma adalah satu praktis yang baik. Kalau kat rumah ,, susah nak amalkan. MAu nya dimakan sampai "sengkak" baru lah nak solat maghrib.. teruk kan.

Lagipun untuk nak anak-anak yang baru start puasa memang depa tak sabar nak makan sepuas-puasnya. NAk bagi dia orang sabar lah konon.. JAdi elok lah ketempat yang tertib macam masjid.

PAnjang pulak intro..

Anyway, selepas solat maghrib maka beraturlah . Self servis. Ramainya manusia.. Dengan banyaknya tempat ambil makan tapi satu barisan tu maunya 50 hingga 60org. Tak kisahlah .. kena sabarlah. Tu pun tujuannya dan hikmah ramadan.

Lagi 5 org nak sampai kat aku , nasi habis walaupun lauk banyak lagi. Dan orng pun sedang bawa nasik untuk masukkan dalm buffet tray tu. Cuma sedang letak tempat lain dulu sementara sampai tempat aku Q.

Tetiba adalah makhluk 2 org ni baik saja ciluk memotong mamat yang tengah tunggu nasi yang nak ditambah. Derang amik lauk, Tak sabarnya...

Aku ingat diaorang  ni lapar sangat sebab puasa kot ( org lain yang 20 -30 org yang lain tak puasa kot). Tak pe lah mungkin juga nak amik lauk kemudian  nakmakan ayam dengan sayur je kot.

Tapi bila nampak nasi sedang di tambah diorang tak bergerak pun. Potong Q dan terus tunggu depan.

Aku nak tegur juga.. Sebab kalau macam ni macam mana Malaysia nak maju.
Dengan selamba dia ciluk dan buat dek tanpa rasa bersalah dan malu pun.

Mungkin yang depan sekali  tu Guard bangla ke apa kot, dia pikir dia boleh la buat macam tu.

Tapi yang 20 orang kat belakang ni tunggul agaknya.

Dalam aku nak sound, ada org depan aku tegur lelaki tu dulu . Aku rasa dah dalam budi bahasa dah tegurannya:

" Abang , boleh beratur tak bang"

Elok lah ditegurnya, fikir aku. Barulah dia tau yang perbuatan dia tak senonoh dan memalukan diri . Supaya segan lah dia nak buat lagi next time.

Tau tak apa jawapan dia. Dah lah dia potong Q, ni ha bahasa dia

"Aih, takkan pasal makan pun nak gaduh. Ingat akau tak tau beratur ke??? Tadi aku beratur la.."

Mamat yang tegur tu diam ja..

"Apa. Tadi nasi habis ,,aku ambil lauk dulu!!! Aku beratur kat belakang tadi Apa? Pasal makan je pun, ni pun nak gaduh ke. Ha!! nanti aku pijak ko kat sini karang" ujar si pemotong Q tu lagi. Mcm tu lah kot herdikan dia..

(Tak de sapa ajak dia gaduh pun. Semua yang ada tengok je perangai dia..)

Adoiii...manis nya perangai. Ada lagi manusia mcm ni...

Salam Ramadhan

Assalamualaikum bloggers and readers..


Salam Ramadhan al-Mubarak untuk semua  terutama untuk keluarga, saudara dan sahabat handai serta pembaca blog ini.

Sempena Ramadhan , BTS (Blog2shout) ingin mengambil kesempatan untuk memohon kemaafan sama ada apa y ang tertulis dalam blog ataupun terucap serta  apa yang berlaku di dunia nyata.

Marilah kita mengambil kesempatan untuk meningkatkan amalan kebajikan serta merapatkan ukhwah sesama kita. Bulan yang penuh keberkatan ini hendaklah digunakan sepenuhnya utk muhasabah diri ke arah kebaikan.

Bagi aku,  selain dari kenikmatan bulan ini dimana kita seperti  berada  dalam budaya lain. Contohnya dengan kesopanan tuturkata dan banyaknya amalan. Jelas berbeza dari bulan-bulan sebelumnya. Jika kita berada dalam environment sebegini  (yang banyak melakukan perkara-perkara kebaikan), ianya memangkinkan atau memotivasikan semua org melakukan perkara yang sama.

Selalunya memori aku terlontar pada zaman  ketika aku kanak-kanak, selesai  terawih, yang aku rasa sangat2 lama nak habis, (maklumlah imam kat kampung  otai2 belaka) memanjat pokok jambu depan rumah. Walupun gelap tapi siang tadi dah mark dah kat mana yang dah masak. Boleh pulak cari sampai dapat.!!

Kemudian betapa susahnya nak bangun sahur. Kerinduan masakan mak seperti daging goreng yang dipanaskan semula. Selalu juga ada telur masin yang dibuat sendiri.. Dengan bergaduhnya adik beradik tak nak pergi hantar juadah kerumah jiran.. Atau lari bawa kuih sampai terjatuh. Bawa balik “siia” kosong saja..
Ermm banyak lagi kenangan yang aku rasa terlalu banyak untuk dikongsikan.

Rezeki  ramadhan.

Hari ini sudah terdengar keluhan tentang betapa harga barang naik. Aku tak pasti betul ke tidak naik. Rasanya betul la tu. Ramadahn ini ..Aku masih tak membeli barangan dapur lagi, kalau membeli pun Lurvy yang lebih arif.  Kenapa barangan naik harga, Sebab peniaga sesenang hati buat begitu?
Peniaga pula memang masa inllah cuba mendekatkan diri dengan bidang keusahawanan kecil-kecilan ini.
Alangkah baiknya kalau kita bendung nafsu makan. Sebenarnya makan dalam bulan ramadhan ni lah yang paling nikmat, walaupun masakan yang simple-mimple. Ye lah kalau dlm keadaan lapar dahaga tentulah selera kan. Tapi kita ni tidak, masa berbuka lah nak makan segala,..

Bayangkan semua peniaga membuat duit dalam bulan ramadhan ni. Baguslah rezeki mereka. Elok juga belajar berniaga. Moga lepas ramadhan boleh kembangkan  lagi. Jgn tunggu ramadhan saja. Setahun sekali berniaga ??

Kepada pengguna nak mengeluh tu…apa kata kita yang mulakan dengan membeli apa yang perlu sahaja bukan apa yang kita nak.. boleh?

Wednesday 10 July 2013

CIMB oh CIMB

Assalamualaikum bloggers and readers..



Entry tertangguh.....


Hari Isnin hari tu, , ada peristiwa menjengkelkan berlaku. Hermmm, tak molek kalau nak mula hari  permulaan kerja dengan omelan tapi bank ni patut dileterkan, khutbah atau komplen kot.

Makanya aku pun ke CIMB pada pagi harmonis, Dengan tujuan nak top up Touch and Go.
Dengan promo mengatakan tiada caj perkhidmatan serta dengan dekat dan mudah dengan pejabat aku pun turun ke CIMB.

Masuk kad, pilih Touch and GO,,arahan seterusnya sentuh kad di pemuka yang ada lambang Touch and GO.

Tak bunyi apa-apa.. Mengetet pun tak.. Teet pun tak.
Kemudian dipaparkan seperti tiada apa akitiviti dari aku. Urusan dibatalkan.. Lebih kurang macam tu lah.
Ok, fine..

Sebenarnya dah bebera pa kali aku cuba nak buat servis tu kat tahun ni. Sebelum ni top up ok saja tapi semenjak dua menjak ni asyik gagal saja.

Dengan berhemah aku masuk bank, fisrt person aku nampak aku nak tanya : “ATM tu untuk tambah nilai Toch and GO ,,kenapa tak boleh ( lagi)”

“Rosak la …”

Aku: “ Itulah saya datang dulu pun tak boleh. Bila datang urusan bank ni trylah juga”

Pegawai bank: “ Itu vendor punya problem la encik kita dah report”

Aku: “ Uish..Rasanya dah 2 3 bulan dah kot. Eloklah buka logo T&G tu kalau servis tak boleh disediakan. Nanti susahkan customer saja”
Aku dalam kecewa sambil bagi nasihat, macam aku pulak consultant bank ni.

Dia menjawab seolah-olah bangga: “ Bukan 3 bulan lagi, dah 6 bulan dahhhhh” Macam aku sorang ja tak aware>

“ 6 bulan dah? Lama tu ..takkan tak baiki- baiki lagi” Aku heran juga… Sambil geram juga cara kebanggaan dia benda tu rosak lama.

“Itulah masalah vendor lah. Kami dah bagitau dah!!”
Dan aku pun sound bank tu…

“ Customer macam kami ni rasanya tak kenal  pun vendo-vendi ni. Sepatutnya servis ni bank kena pastikan sentiasa up and running. Kalau iklankan ada servis kenalah beri jangan salahkan vem=ndor itu dan ini. Kalau tak boleh jangan promo ada servis tambah nilai….bla bla

Senyap kejap pegawai bank tu..Aku pun keluar. Tak nak aku panjanayat aku. Buang karan saja..kalau depa reti pasal customer depa akan betulkan. Kalau tak berbulan lah lagi…..Oh CIMB.

Wednesday 3 July 2013

Kenangan Bosphorus Cruise

Assalamualaikum bloggers and readers..

LAst sekali aku post pasal jalan jalan turki adalah beberapa bulan yang lalu.. Imbau kembali.. wah.. lama dah juga kan. Namun ada lagi yang belum ter post kan. Walau draf dah dibuat seketika dulu. Ingat nak kansel dah entry tu. tapi sebab ada masa nak update ni maka terminat la pulak untuk update apa yang tertinggal..

Antara satu aktiviti yang tak boleh dilepaskan semasa berada di Istanbul/ (Islambol nama lama) ialah Bosphorus cruise. Satu pengalaman yang indah. Walaupun dalam keadaan dingin . Huish dingin apanya, dah kira sejuk sangat tu. Sebab cuaca 7-9 Celsius. Kemudian bot pulak bergerak lelaju. Angin menambahkan lagi kesejukan.


Masa yang diambil cruise ni agak lama sebab jaraknya jauh juga. Banyak la bangunan bersejarah serta bangunan yang mempunya senibina menarik dapat dilihat sepanjang cruise tersebut..

Pemandangannya juga amat menarik. Tambahan pula ketika itu mentari senang muncul di awal pagi.
Bot pula ada dua tingkat/dek. Kat bahagian atas tidak berdinding , supaya pelancong boleh menikmati keindahah sekitar Bhosporus. Tapi kalau berada diatas ni memang la sejuk.. Tak boleh lelama kat atas tu.

Turun ke ruang bawah , suasana lebih nyaman kerana berdinding cermin dan kerusi nya mempunyai meja. Sesuai untuk menikmati turkish tea sambil melihat keindahan pesisir selat tersebut.

Hijrah ke tempat baru

Assalamualaikum bloggers and readers..

Hijrah...
Thats the theme. Aku tak pasti aku boleh gunakan perkataan keramat ini. AKu tak mahu sebenarnya berkicau ( ie tweet, blog ) di alam maya tentang perpindahan aku dari rumah aku yang sekian lama. Namun dalam tak mahu tu lah aku titipkan entry ini.

Sebenarnya pindah pun kat dunia ni juga. Nak pindah ke alam lain hanya Allah menentukan. Org yang bijak ialah orang yang senantiasa mengingati dan bersedia ke arah penghijrahan ke alam yang kekal.

Sudah 3 hari aku aku di tempat baru ini. Dan Danish pagi tadi demam dan muntah2 dan sakit sendi. Fikiran aku melayang tentang yang buruk. Demam dia pun dari hari tu tak baik betul. Dengan kesan jerebu dan batuk yang dia alami adalah resepi yang terbaik untuk ke fasa asma.

Kemudian sakit perut juga malam tadi, sampai tersedu menahan kesakitan. Appendik ke apa. Itu yang doktor Sarah Jane syak mulanya.
Aku dah dalam 60 peratus ingatkan Danish nak kena masuk wad untuk observation tapi segalanya ok dan aku terpaksa bercuti untuk menjaga dia. Esok harapnya cergas seperti sedia kala.

Kalau tak  , Lurvy kena sacrifice masa buat research dia kat library . HArapnya tak berlaku lah.

Kembali kepada hijrah...
Aku berharap dalam semua aspek aku mampu berhijrah untuk kearah yang positif. Dari segi kebajikan anak2, kebahagian rumah dan isinya serta keberkatan hidup. Kalau boleh segala yang patut disempadani, masa lampau atau masa depan akan terhindar.

Angah seems not able to adjust yet dengan kawan kawan baru. Maybe too early.
Jimmy ok..so so.. Agak happy jugak kot. Tapi tadi kena khutbah dengan aku sbb tak tunggu kakaknya
Akmal and Danish... Ok abah.. Best kata mereka. Especially Akmal.. MEmbujur lalu melintang patah punya orang.

Aisya and YAsmin? Walaupun dekat Brainy Bunch jugak tapi ye lah Auntie lain dan tempat lain..Ambil masa sikit. Aisya takes it very well.. Cuma katanya Auntie kat ini garang2. Yasmin? Adoi.. Ini yang bongsu mula tunjuk penangan. Tiap hari menjerit , tarik2 tudung mamanya untuk tak nak pergi BBIM.

tengok esok macam mana...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...