Thursday 26 December 2013

Waspadalah dengan flat rate!!!!

Assalamualaikum bloggers and readers..


Hari Selasa..aku menerima panggilan dari Kenny dari sebuah bank berwarna merah.

Hello Encik, saya dari bank  CIMB (kenkawan aku kata bank Cina, India, Melayu dan Bangla),… kami boleh offer encik pinjaman tunai Rm25,000. Tiada processing fee dan lain lain caj..
Aku respon:…oookay….( yahhooo ada org nak kasi pinjam duit!!)

Murah sahaja kadar faedahnya 4.99 persen. Encik boleh buat invenstment ke pergi holiday ke, renovate rumah ke..
Aku respon: Hmm..jap jap..sebelum tu nak tanya..macam mana u all nak masuk kan duit.. dan adakah u dari CIMB.
Oooo..senag saja, kita masukkan kedalam saving atau current acount..apa yang akan kami buat ialah saya akan main satu rakaman untuk menerangkan semua terms dan akmi akan rakamkan perbualan ini untuk rujukan kalau ada apa-apa  isu.

Pendeknya mudahnya sekarang nak kasi loan..dengan panggilan telefon sahaja.

Namun nak pendeknya cerita, kalau taknak perlu loan , tak payahlah terima offer sebegini.

Banyak soalan aku tanya telemarketer tu, yang aku harus puji juga yang very friendly dan layan soklan2 aku..
 Frenly ke ?, ermmmm …along pun frenly jugak kan masa nak kasi loan. Tapi kalau tak bayar siaplah…

Berbalik kepada personal loan tadi, yep, ianya adalah personal loan. Walaupun macam mana kaedahnya caranya untuk ada membuat loan tersebut.. La ni tak payah pergi bank bagai.. Senang saja nak terjebak.

Aku katakan aku tak tau nak buat tu macam mana. Nak invest dalam instrument mana?? ( saja nak tanya opinion dia).
Oooo encik boleh masukkan dalm unit amanah , dengan pantas dia beri cadangan. Dividen unit amanah dalam 7 hingga 8 persen. Kadar interest kami hanya 4.99% sahaja.. Encik boleh buat untung lagi..
Aku pun kira 25,000 x 7.5% ( anggaran dividen, katakanlah..untuk senang kira) =RM1875
Interest bank  tersebut: Rm25,000 x 4.99% =1247.50
Ada untung  oooo…RM1875-1247.50 = RM627.50

Rounded Rectangle: Aku pun kira 25,000 x 7.5% ( anggaran dividen, katakanlah..untuk senang kira) =RM1875
Interest bank  tersebut: Rm25,000 x 4.99% =1247.50
Ada untung  oooo…RM1875-1247.50 = RM627.50






Konon-kononya untung……………….cess…
Tapi takpa..sat sat….
Aku pun kata: Kalau setakat 627.50 untung setahun tak berbaloi.. kalau saya nak amik loan saya tak mau amik setakat 25,000 saya mau 250k…baru syok
( Bukan nak berlagak tapi nanti aku bagi tau kenapa tak berbaloi…)


Then aku tanya berapa effective rate?
9.05% Jawabnya…
Hmmmm..sekarang tuan-tuan dan puan-puan nampak…kadar interestnya melebihi jangkaan dividen tadi.
Sekarang ni negatif jadinya. Daripada untung sedikit, sekarang ni bank sapu semua.. on top of that..(cewah) kita pulak kena top up dalam 2% interest untuk bank.

So pembaca sekelian..
Nasihat aku, kalau tak ada ada keperluan , JGN AMBIK personal loan.
Kalau nak kena ambik juga,, tanya bank berapakah effective rate .
Sebab bank akan sebut dia punya flat rate, contohnya yang ni 4.99% memang nampak menarik , tapi hakikatnya effective rate ialah 9.05%.
Tinngi kan intrest rate dia…
Dulu aku pernah buat entry pasal amik loan buat investment..
Bukannya tak boleh “loan buat investment”..Waima company besar pun buat loan.tapi apakah kadar pulangan korporat ni pula..
Sebab tu tadi aku kata kalau aku nak amik loan tak nak lah 25,000 kerana ianya tak berbaloi. Satu, kalau kita miss satu payment installment..dengan dendanya dengan interest lambantnya,, tentulah kita rugi. Dah lah nak dapt pulangan RM627.50 sahaja..
Itu yang aku nak loan bebanyak..sebanyak yang mungkin..baru lah berbaloi. ( Perlu diningat , loan ni memang merugikan kita)
Tapi sebenarnya…aku tak perlu pun loan tu..dan asas penolakkan aku ialah effective ratenya sangat tinggi..
Jadi berwaspadalah dengan flat rate!!!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...