Wednesday 9 July 2014

Kenapa keputusan ini menggemparkan? : Brazil 1 - 7 German

Kenapa keputusan ni gempaq sangat:


  1. Sebab yang kalah ialah Brazil.
  2. Sebab ianya adalah perlawanan semi final..
  3. Sebab world cup adalah di negara Brazil 
  4. Mungkin yang menjadi musuh utama Brazil ialah seorang pemain Colombia bukannya pasukan German. Pemain yang melanggari Neymar hingga patah tulang. Namunkena tibai 7 gol agak membingungkan
  5. Namun Brazil mungkin ada alasan mereka tersendiri dan alasan tersebut adalah ketiadaan Neymar.
  6. Sebagai penyokong Argentina aku memang cuak juga pasukan Eropah beraksi cemerlang di Amerika LAtin. Nak nak pula Holland yang telah belasah juara bertahan Spain 5-1.
  7. Ketika 0-5, aku teringat slogan Brazil lebih kurang macam ni " Ready For No 6", menggambarkan keyakinan mereka untuk menjulang piala kali ke-6. Jangkaan aku memang akan ada gol ke enam, tapi melangkaui jangkaan apabila keputusan penuh 7-1.
  8. Bak kata Mamat Ultra FM ( ye aku dengar Ultra sekali sekala), ni dah betul2 lauk..nasi ambeng punya lauk,, dengan semua masuk satu pinggan..hmm macam nak cari nasi ambeng la pulak petang ni.
  9. Simpati juga aku pada rakyat Brazil, satu tragedi negara pada pendapat aku. Dengan protest, unrest dan sebagainya.
  10. Tapi..inilah bola. Betapa menariknya World Cup era moden kali ini.



 credit: http://www.folha.uol.com.br/

2 comments:

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...