Monday 7 September 2015

Surat terbuka

Assalamualaikum bloggers and readers..serta...

Presiden FAM..

1.Saya terpanggil jugak nak tulis surat terbuka ni. Di dalam kemelut bola ni, saya nak beri idea bagaimana nak memajukan sukan bolasepak.

2.Sekurang-kurangnya blog ni jadi medium untuk saya tulis apa yang terfikir. Sekadar cetusan idea tetapi pelaksananya ialah barisan exco FAM. Itu pun kalau idea ni cukup bagus. Kalau tak bagus, boleh bungkus saja idea ni.

3. Yang sejarah tu sejarahlah, cuma ramai yang tak mau ianya berulang.

4. Gaji.
Gaji pemain liga tempatan terlalu hebat. Mereka menggunakan badan, kederat , kaki lutut dan lain-lain sebagai tools untuk bermain. JAdi adalah logik mereka menjaga tools ini apabila bermain. Supaya mereka boleh tetap bermain dan menyara kehidupan. 

Adakah pemain akan bermatian untuk untuk negara hanya untuk cedera dan selepas itu tidak boleh bermain dengan gaji yang lumayan dengan kelab. Memang ramai yang bermatian bermatian untuk negara, namun mungkin ada yang tidak. Jika ada sorang dua pun separuh hati, akan pincanglah pasukan kerana tidak "sehati sejiwa:

5. Cadangan saya ialah, hadkan  syiling keatas gaji pemain dalam kelab/pasukan liga. Contohnya gaji maximum ialah RM30, 000. Maknanya tiada kelab boleh membayar gaji termasuk elaun melebihi jumlah ini. Bagaimana mereka boleh mendapat gaji yang lebih? Jawapannya di bawah:

6. Apabila diserapkan ke dalam pasukan kebangsaan, FAM perlu membayar elaun pemain kebangsaan sebanyak RM50,000 sebulan. Selagi nama tersenarai dalam 22 atau 23 orang pemain kebangsaan selagi itulah elaun ini perlu dibayar. Rancang dan wujudkan  satu kaedah sebagaimana bayaran pencen ke, contohnya, jikalau karier mereka terbantut akibat cedera, lumpuh ketika bermain untuk negara. Mungkin bayaran 75% sehingga akhir hayat. Quantum bayaran boleh difikirkan oleh pihak berkaitan.

7. Kesannya, pemain akan berusaha menunjukkan prestasi terbaik dalam liga supaya diserapkan ke pasukan kebangsaan sekali gus meningkat mutu liga super.

8. Kesan seterusnya,pemain akan senantiasa bermain dan menunjukkan kualiti yang tinggi utk kekal dalam pasukan kebangsaan, (demi gaji, demi negara?.. sudah tidak relevan). Kerana mereka tahu ganjaran dan masa depan lebih terjamin.

9. Persaingan untuk mendapat tempat dalam pasukan kebangsaan adalah lebih sengit ,yang merupakan persaingan yang sihat. Yang senior ataupun berpengalaman pun mungkin melipatganda prestasi bimbangkan  diambil alih oleh pemain baru yang ingin menonjolkan diri.

Sekian

p.s
Update..ketika usia sejam atau lebih posting ni dengarnya Presiden FAM nak letak jawatan.oppsss
 Harap Presiden baru atau KJ bacalah cadangan ni..

2 comments:

  1. Nak majukan bola sepak ke mata dunia, tak salah perubahan di buat.
    Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepian pantai.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perubahan tu mereka2 takut nak buat kot

      Delete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...