Saturday 10 October 2015

Sehingga RM1000. itulah kadar fi maksima penggantian mykad jika kehilangan akibat cuai

Assalamualaikum bloggers and reader..



Kadar fi bagi penggantian kad pengenalan yang hilang akibat kecuaian akan dinaikkan bermula 15 Oktober ini, kata Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Dasar Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Adenan Ab Rahman.

Beliau berkata fi bagi kehilangan kali pertama kekal pada kadar RM100, manakala kehilangan kali kedua dinaikkan dari RM200 kepada RM300 dan bagi kehilangan kali ke-3 dan seterusnya dinaikkan daripada RM300 kepada RM1,000.

Bagaimanapun, katanya pengecualian kadar fi diberikan kepada orang kurang upaya (OKU), fakir miskin, warga emas berumur 60 tahun ke atas, mangsa bencana, kes jenayah seperti kecurian, samun dan ragut serta remaja warganegara Malaysia berusia bawah 18 tahun.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kadar-fi-ganti-mykad-hilang-akibat-cuai-dinaikkan-bermula-15-oktober#sthash.MT5b4zea.dpuf..

p.s jaga mykad anda molek2 dee.
ramai yg nak jadi rakyat msia


3 comments:

  1. tapi ramai jugak oramg mesia yg nak jadi rakyat ostolia... Hmmmm

    ReplyDelete
  2. wah. rm1000 kalau hilang kali ke 3.byk tu.kena jaga elok2 ni

    ReplyDelete
  3. Ai.. kalau betul2 hilang tak disengajakan sianla.. tp bg yang cuai tu mmg padan nilai rm1000 tu..

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...