Wednesday 24 February 2016

Cerita pasal FOREX... berhati hatilah

" Bro, macam mana investment property"

"Eh, salam tidak, apa tidak terus straight tu bisness. Ala bro, macam tu la"

"Aku dah ada alternative investment la ni tau"

Oook . Menarik ni. > Aku nak tau jugak, Mamat ni banyak nor investment, atau baru nak mencuba2 itu dan ini.

" Investment apa lak, macam macam la ko" tanya aku

"Forex" sambil letakkan mulut kat bibir.. Shhh diam2 tau.

Loh apa cer lak ni .. detik hatiku.

Terus dia bersemangat bercerita sambil tangan kat mulut lagi. Cakap macam dalam kelambu lak apasal.

" Yang ni return dia 12% gerenti...."

Wah wah ni sudah cukup baik...Dalam hati: macam tak logik saja

"Umak ai.. Tinggi tu bro. Bior betui..." curiosity aku sudah meninggikan antena.


Ni jenis bagi 50% komisen..Kalau kau trade ko dapat komisen . Agent share dengan ko. Kan hari-hari trillion2 trade forex ni kan. Jadi banyak lah komisen broker/agen dapat. Dia share dengan kita.

Eh tetiba keluaq "kita".

So dari situ la dapat return guaranteed 12% kat kita. Kita lagi. Cepatnya aku jadi rakan kongsi.

"Sat sat..
jgn dok guna "kita" boleh dak. Hang cerita dulu hang punya pengalaman"

Ok..dia sambung" aku dah masuk lebih setahun.. setakat ni modal dah dapat dan aku laburkan semula. Kira pasif income. Sebulan2 aku dapat RM4k macam tu. Ko diam2 tau . Aku share dengan ko je ni"

Toink..!!!!
 1. KAlau benda2 ni sulit2 ni macam tak berapa syok nak dengar. Nak berahsia kenapa??
2. Amboi bertuahnya aku di share rahsia jutawan.
3. Senangnya buat duit.

Itu tanda-tandanya tak berapa nak bagusssss!!!! Something fishy.

But knowing me.. Mesti bagi benefit of doubt dan nak explore..

Ringkasnya,, kena ringkas la kot.. aku pulak sekolahkan dia dalam dia tak sedar sbb dia masih teruja.

Kalau investment mana ada guaranti dapat sekian sekian. Salah ooo
Dalam Islam pun tak boleh jamin..
Takkan melabur dok kadar yang sama saja pulangan. Mesti ada naik ada turun.
Mana boleh jual benda / barang yang kita tak ada. Forex mana boleh kita short position diaman kita jual dan beli kemudian..

Hati hati kawan.. Tu saja.. bukan pasal jeles return 4 atau 5 ribu sebulan ko.. takut nanti ko kena bayar hutang margin call ke bagai dengan jumlah yang sama selama bertahun tahun.

Dengan modal modal kau entah kemana. Duit boleh dicari tp pening tu tak berbaloi. Biar lah aku kerja keras dengan seadanya. Nak cepat2 kaya ni kenapa. Ko dah kenapa??

OK.. be careful.. If too good to be true...better run.

Wallah hua'lam..




No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...