Thursday 25 February 2016

Kereta Tolak punya cerita...

Penat..
penat membaca dan nak delete..

Kenapalah semua grup wassap  kecuali satu grup.. grup ofis aku. yang lain ada yang post..sampai 2 ..3 kali.

Kisah bergambar..tentang guru,, yang kononnya merotan anak .. Cikgu yang kononnya cun melecun..

Adoi tak sabaq nak komen aihhh..

Sabaq..sabaq..

Kemudian bagi multiple answer.. A B C dan D.. Sesuai dgn tema sekolah


Jawapannya lebih kurang

A, nak marah anak.
jawapan b entah apa tak. ada kot report polis dan ada jawapan pasal meminang cikgu..
Sejujurnya aku tak ingat jawapan A B C dan D tu..
Tak penting..

tapi aku heran kenapa dia viral.. kenapa dok suka hantaq gambar lagu tu...??
 Apa motif?

 Tak dak benda lain ka nak tanya dan cetuskan pemikiran.. Asyik2 gambaq yang seangkatan dengannya..
kalau hari isnin malam jumaat lagi la..aduyai.
Boleh buat lawak pulak..

Tatau la awat la benda2 macam ni suka sangat di post..
nak kata lawak tak lawak..
Tak dak benda lain nak buat kan..

Aku nak komen pun benda kecik tapi bila dah seluloi jadi besar juga..

Sabar je lah.. Sapa paham pahamlah ni cerita pasal apa.. Aku taktau grup wassap pompuan sama jugak ka..

Maaf cikgu ka arits dlm gambaq tu.. bukan pasai cikgu ya.. pasal sikap kita ni. Entah mungkin isu kecik kot..


Ok sambung balik.. dari aku meraban tak ketahuan hala..

Pasal benda kecik atau besar.. aku nak story.. Story lagi..

Ada satu kilang... kat mana tak tau..sekadar analogi

Ada sorang pekerja rencam ni ,, ala y ang cuci,, kemas kemas ..selenggara kawasan.

Satu petang dia bawa kereta tolak ..di atas kereta tolak tu ada kotak..

Bila mana lalu pintu guard,, sebagai S.O.P-nya . Pengawal tahan dah tanya bawa apa dalam kotak tu..
Pekerja pun cakap bawa keluar sampah, serbuk serbuk kayu yang di sapu untuk dibuang.
Pengawal tu pun buka kotak, memang ada sampah, kertas dan serbuk kayu hasil by produk perabut.

Ok jalan.. jumpa lagi ya..

Dan pekerja tersebut pun tolak keretatolak bawa keluar kotak tu.

Esok pun peristiwa sama berlaku. Pengawal yang jujur tetap tahan dan periksa dan di lepaskan pergi setelah tgk dia bawa sampah keluar.

lusa pun sama..

Selepas beberepa harinya pengawal tu terdetik dan sememangnya dia syak mesti ada sesuatu yang tak kena. Mesti ada benda yang pekerja ni curi tapi bila check memang sampah dalam kotak tu.

Akhirnya pengawal tu kecewa tak dapat tangkap ,, tapi dia tak puas. Sudah seminggu dia check tak jumpa apa2..

Setelah periksa kotak tu pengawal pun tanya..
" Aku tau ada yang tak betul ni bial lately kau asyik bawa keluar kotak sampah setiap petang. Aku syak aku ada curi sesuatu. Tolonglah bagitau,, aku janji tak akan report"
Macam mintak tolong dari hati ke hati..
" tolong bagitau sbb aku memang syak, tapi aku tak jumpa.. Apa sebenarnya kau curi ni"

Pekerja tu menjawab: "aku curi KERETA TOLAK..."


#APABILA KITA TERLALU MEMERHATIKAN PERKARA YANG KECIL KITA TERLUPA MELIHAT PERKARA YANG BESAR#



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...