Friday 21 October 2016

Kenangan Swiss: Dah mula ingat nak travel lagi nih.

Assalamualaikum bloggers and readers..

Bila terlayari fb saiful Nang ternampak foto kat Swiss yang di"upload" oleh beliau....


Terkenang la pulak  ketika aku dan Lurvy memandu tempohari dan sampai  tempat yang sama. Ketika ni agak keletihan jadi malas nak keluarkan DSLR sebab terletak dalam beg dan dalam boot kereta. 

Namun, dengan rasa teruja nak berphoto,amik juga few photo dengan telefon yang cikai,, Samsung S3,, boleh la amik gambar kan..

Tempat ni memang cantik.. dari pinggir bukit di mana terdapat  jalan yang membawa kita menuju ke Interlaken atau Frutigen kalau tak silap, kita boleh melihat hamparan tanah pamah di tepi tasik yang di kelilingi oleh gunung- ganang.


Namun walaupun dengan kamera phone , aku tetap hendak merakam supaya kenangan dapat diabadikan. (dan elok tak elok gambar tu kemudian kira.)

Yang penting aku rakamkan juga detik tersebut.. kalau tak cantik boleh delete.
Bila kami  lihat foto-foto yang diambil, terkenang kembali keadaan masa tu dan kenangan manis kembara menjelma.

(Ya ya.. coretan penuh aku masih tergantung kat Dortmund German,,nanti complete baru post semua)

Dan juga boleh aku buat perbandingan musim yang berlainan. Amat teruja melihat perubahan yang berbeza mengikut musim

Ni hasil dari kamera phone.aku. (Musim Spring nak masuk summer)


Ni gambar dari Fb Saiful Nang , cantik gambar pro ni:::( Agaknya masa summer)


p.s. Sapa tahu nama tempat di bawah..?




No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...