Monday 27 February 2017

Wow, Nokia lancarkan semula telefon 3310.

Assalamualaikum bloggers and readers..


Bila mana ianya tak rosak tak usah betulkan! Maka itulah yang dilakukan oleh Nokia.. 
lancarkan semula telefon klasik yang menjadi top sales ketika dulu.... siap dengan "permainan ular.."


Telefon Nokia model 3310  !!!

Sapa pernah guna kita geng!!




Wednesday 22 February 2017

WW 22.2.17

Gantri Rosak di Kompleks Kastam Imigration dan Kuarantin JB : Berita ni buat aku sedih

Assalamualaikum bloggers and readers..


Semalam masuk berita dan heboh pasal kerosakan gantri menyebabkan kesesakan yang teruk di CIQ. Tapi yang sedih dan terkedu apabila .... baca lah berita dibawah.

Dan yang aku perhatikan bukan orang Malaysia saja  ada dua sikap macam ni ..

tetapi Singaporean pun bila masuk Malaysia banyak yang langgar peraturan lalu lintas.. Potong Q..bawa laju macam tak cukup tanah.

So apakah punca?.. sebab? sikap??
 atau mungkin sebab tiada penguatkuasaan yang tegas hinggakan depa pun tau kalau kat Msia boleh redah..?
 Atau mungkin lain  puncanya dan apakah cara nak atasi..


Pening memikirkan, bila kat belah sana elok ja,,sampai Malaysia perghh ...


Susah la macam ni..


Berita penuh:
Behave when you are at nation’s checkpoints, motorcyclists warned

GELANG PATAH: There seems to be a Jekyll and Hyde lurking inside some Malaysian motorists coming in from Singapore.
When they are on the roads in Singapore, they seem well-behaved and patient.
But Hyde apparently takes over the wheel the minute they are back on Malaysian soil.
“In Singapore, they have no problem waiting for hours in a long queue, which can stretch for over 3km.
“Some motorcyclists will even turn off their engines,” said Immigration director-general Datuk Seri Mustafar Ali.
“However, when they are on the Malaysia side, they will honk endlessly.
“Some will even hurl abuse at my officers,” he said.
Mustafar warned motorcyclists to behave themselves at the two checkpoints here.
There was a huge congestion at the Bangunan Sultan Iskandar Customs, Immigration and Quarantine (CIQ) complex on Monday due to eight faulty motorcycle gantries at the MBIKE counters.
MBIKE, which is a Secured Automated Clearance System that was introduced last November, was to reduce motorcycle lane congestion by 50% at the Malaysia-Singapore entry points.
The congestion led to 36 motorcyclists being detained.
Apparently, some damaged gantries, ramming into the automated border control system for motorcycles.
Mustafar urged motorcyclists to be patient when crossing the border via the CIQ in Johor Baru and the Sultan Abu Bakar Complex (KSAB) building near the Second-Link here as the MBIKE system was still new.
“Not many users are familiar with it,” he said.
He said one motorcyclist even hit an Immigration officer with his machine while trying to escape detention.
The motorcyclists, he said, were detained after they failed to show their passports at the counters.
“Many drove through without even stopping.
“After visiting both the CIQ and KSAB, I believe there should be some improvement to the system to speed up the process,” Mustafar told reporters after conducting a visit to both CIQ and KSAB here yesterday.
Mustafar said the Immigration Department would speak to the vendor responsible for the MBIKE system, adding that more than 90,000 motorcyclists used the Causeway and Second-Link on a daily basis.
There are currently 100 motorcycle counters at the CIQ and 50 at the KSAB.
Sumber : The Star Online

Friday 17 February 2017

Perlu ke yang ni pun kita "out-source"?

Assalamualaikum bloggers and readers..


Zaman ni pelik- pelik orang pikir 
dan buat benda pun banyak yang pelik-pelik
Zaman IT , zaman outsource, 
zaman think out of the box!!

Tapi yang satu ni paling "win.."
Ada service orang outsource kan berdoa???
Perghhh.. dahsyat kan...

Tapi tajuk servicenya ada class... "Valet___"

Ni nak habaq..
Bro.. bukan semua boleh commercialise..
Ada banyak benda perlukan keikhlasan..
Dan takde benda kita boleh gerenti ..
Kecuali mati..
tu pasti


Dan troll nya pun win juga...





Wednesday 15 February 2017

Alhamdulillah ...Rumah sudah siap sepenuhnya dan boleh ambil kunci..

Assalamualaikum bloggers and readers..

Minggu lepas setelah selesaikan maintenance charges dan kos kawalan keselamatan dan juga caj yang dikena keatas kelewatan, maka aku pun pergilah mengambil kunci rumah yang telah siap oleh pemaju.

Kos-kos ni berkaitan dengan pemotongan rumput dan sekuriti lah kan. Yang pasal late payment caj  tu alhamdulillah pemaju berikan potongan yang agak banyak.

Cumanya kita kena rajin buat surat rayuan,

Kenaan caj ni ialah apabila bank lambat disburse dana kepada pemaju apabila surat progress payment sampai. Manalah kita rajin nak kejar bank untuk bayar dak..Bab nak tanya bank ni aku malas. Bank pun selalunya ada je hari hari yang depa lambat bayar.

Bila dan sign perjanjian pinjaman dengan bank, bank la perlu prihatin dalam membuat disbursement.

Walaumacam mana pun ada juga kelewatan yang genuine aku kena bayar seperti masa yang lama nak setltle wang beza.

Wang beza ialah perbezaan harga belian rumah dengan jumlah pinjaman. contohnya kalau kita beli rumah harga RM 500, 000.00. Kita perlu buat loan dan katakan kelulusan hanya RM450,000.00 , maka wang beza ialah RM50,000.00.

Dan mungkin kita telah bayar deposit sebanyak RM5,000, maka kita perlu selesaikan lagi RM45,000.00.


Itu pasal wang beza.

Kekadang kita kena juga caj lewat oleh pemaju  ni bila payment yang pertama tu lewat. Kita lewat dapat loan, lewat tandatangan perjanjian pinjaman, maka pemaju pun lewat terima progress payment.

Kita yang kena caj!

Perkara ni biasa aku hadapi sejak berjinak2 dengan property ni. Dah paham sangat. Kena failkan kos kos ni . Senang nanti kalau nak jual dan nak kira perbelanjaan untuk tujuan pengiraan Real Property Gain Tax (RPGT).

Yang penting buka fail untuk tiap-tiap property. Nanti senang...


Apapun dah settle dah bayaran . Maka pergilah aku pergi ambil kunci untuk rumah yang kesekian unit nya.

TIPS PELABURAN HARTANAH


1.HOLDING POWER.

Sebagai pelabur dalam bidang hartanah, penting kita kena ada holding power, di mana kita perlu ada reserve untuk membayar installment dalam 1 tahun  ataupun 2 tahunsekurang-kurangnya jika kita tak boleh jual atau tak ada penyewa. Itu untuk persediaan. Perlu ada perkiraan ini sebelum membuat keputusan untuk memebeli. Contohnya jika bayaran bulanan Rm1500 maka sekurangnya ada simpanan untuk tujuan nak hold sebanyak  RM18,000 atau sebaiknya RM36,000.

Kenapa ianya perlu?
Supaya kita boleh servis installment dalam pada mencari penyewa atau pembeli.

Apa akan jadi kalau kita tiada dana simpanan sebanyak itu?  Tentulah kita kan panik dan stress jika tak boleh dispose seperti harga yang kita target. Sebabnya installment masih nak kena bayar.

 Perlu diingat hartanah adalah sesuatu aset yang sangat tidak cair   (illiquid), atau pun kecairannya rendah. Maknanya masa yang perlu diambil untuk tukarkan asset kepada tunai amat lambat , makan tahun. Jadi holding power amat penting..


Oklah cukup untuk tips kali ini...


P.S
property ni pun dah ada ajen call tanya nak jual atau tak.
HArga dalam RM1.1 miliion.
ermm maybe dia test market..


Dan banyak perkiraan RPGT perlu diambil kira yang jika belum melepasi 5 tahun..

Tapi siapa tahukan

kalau ada rezeki..In Sha Allah..

kita hanya berusaha..










Bismillahhirrahmanirrahim...


WW

Friday 10 February 2017

Kemaman Terengganu makan di mana? Pengalaman Sata masam di warung Aziz Satar

Rasanya  korang tak perlu baca coretan ini..


Ermmm..
macam mana nak mulakan coretan makan makan pantai timur sempena CNY baru baru ni,,

Ni yang paling tak menarik..

Sememangnya last pit-stop untuk jalan jalan dan makan-makan di Pantai Timur ialah makan sata di Restoran Aziz Satar. Rancangan nak jumpa Honky Tong Man aka Halim atau John , seorang sahabat pun terpaksa batal dek nak kejar masa ke sini.

Along pun dari sampai KB lagi nak cari sata. Wokeh , memang masuk plan , sabar!

Dan inilah restoran/ gerai yang akan aku kunjungi kalau ke Paka/ dari dulu lagi.

Order seadanya , beberapa pinggan.

Oh ya , ayah pun tak kenal sata. Alhamdulillah boleh bawa ayah juga. Tak tahu pulak tak pernak makan. Ingat kat sini orang panggil otak2 tu sata. Bila makan baru dia tahu lain.


Semuanya lancar hingga aku makan sata yang masam, Ok lah , mulut aku ke yang silap tapi dan berbiji aku telan sebelum tu ok saja rasanya. 
Tapi tak de hal lah. Satu je pun.. 
Makan next rasa ok pulak.

Nak jadi cerita Akmal yang duduk hujung meja pun gigit rasa masam. Aku tengok dia luahkan bahagian yang dia gigit.

"Kenapa Mal"
" Rasa lain macam yang ni"

Dia gigit sikit , aku tadinya masuk sebijik dalam mulut..

" Ye ke, tadi abah pun rasa masam juga. Dah dah jangan makan yang tu. Ambil yang lain"

Oleh kerana dua kes aku pun panggil la pelayan.

Jawabnya: " Eh tak mungkin ! sebab semua yang kami bakar habis jual"


"Erm. Tak pe lah kalau gitu."


Mungkin dia pelayan yang tak da  sense of belonging kepada bisnes. Ye lah sekadar makan gaji. 
So bila  aku nampak mamat yang familiar sebab kalau sebelum ni aku datang dia dok arah2 orang macam owner ja.

"Bro.. ada sata yang masam tadi,, kalau sebiji ok ni random dua biji terkena ni"

" Takut yang ba....." 

Belum habis explain dia mencelah. Huish pantas! 
"ok ok jap jap nak pi check... " terus ke tempat pembakaran..


Dia pi check langsung tak datang balik.

Laaa a,,,ku bukan mintak ganti pun. 

Aku nak bagi tau:


  • Takut yang di bakar hari ni tu yang dibungkus/proses semalam sbb katanya yang bakar semalam habis dijual .
  • Takut ramai yang kena.
  • Takut sakit perut.. food poisoning. Sbb org nak travel jauh, Dengan jem, tak ke haru..
  • Takut pelanggan yang tuju situ first time, dan  rasa terkena.
  • Takut reputasi ,,dsbg...


Sbb bro nak manage success bukannya  senang. (yang ni dalam hati)


Itu je aku nak sampaikan . dengan harapan boleh dia betulkan sebelum pelanggan lain terkena pada hari tu.. Tapi ...


Ermm itu lah ceritanya. Tak perlu komen atau viralkan....


Yang aku telan sebiji ngap sebelah kiri, yang akmal gigit sebelah kanan.








Kerana aku tak puas hati deria rasa, aku singgah kedai lain dan beli lagi...
Ye lah, mungkin aku silap!

Tapi yang bawah ni ok jer..sedap pun sedap!!

so dah jumpa port baru untuk pekena sata..yeahhh




Wednesday 8 February 2017

Nice story

Assalamualaikum bloggers and readers..

*


Nice story  read this afternoon.

*A lovely little girl was holding two apples with both hands.*

Her mum came in and softly asked her little daughter with a smile; my sweetie, could you give your mum one of your two apples?

The girl looked up at her mum for some seconds, then she suddenly took a quick bite on one apple, and then quickly on the other.

The mum felt the smile on her face freeze. She tried hard not to reveal her disappointment.

Then the little girl handed one of her bitten apples to her mum,and said: mummy, here you are. This is the sweeter one.

*No matter who you are, how experienced you are, and how knowledgeable you think you are, always delay judgement.*

Give others the privilege to explain themselves.  
                           
What you see may not be the reality. Never conclude for others.

Which is why we should never only focus on the surface and judge others without understanding them first.

Those who like to pay the bill, do so not because they are loaded but because they value friendship above money.

Those who take the initiative at work, do so not because they are stupid but because they understand the concept of responsibility.

Those who apologize first after a fight, do so not because they are wrong but because they value the people around them.

Those who are willing to help you, do so not because they owe you any thing but because they see you as a true friend.

Those who often text you, do so not because they have nothing better to do but because you are in their heart.

Those who take out time to chat with you, do not mean they are jobless or less busy, but they know the importance of keeping in touch.

One day, all of us will get  separated  from each other; we will miss our conversations of everything & nothing; the dreams that we had.

Days will pass by, months, years, until this contact becomes rare... One day our children will see our pictures and ask 'Who are these people?' And we will smile with invisible tears  because a heart is touched with a strong word and you will say: 'IT WAS THEM THAT I HAD THE BEST DAYS OF MY LIFE WITH'.


WW 8 Feb 2017



Friday 3 February 2017

Di Terengganu Makang di mana? Az Selera Timur (Kuala Terengganu) dan Mr Celup Tepung Station (di Penarik)

Assalamualaikum bloggers and readers..


Kalau ke Terengganu tak salah kalau  tak makan sotong celup tepung. dalam banyak-banyak celupan, sotong yang Lurvy suka. di Restoran KST  ( Kota Bharu) pun makan sotong celup tepung, di Terengganu masih mencari sotong..


Sebelum sampai K.Terengganu ramai yang cadangkan makang di Penarik. Apahal asyik eja makang je ni.. Di Penarik pula mesti banyak kedai kan..maklumlah tepi pantai

Tips orang  Terengganu mudah je..
" Mana mana banyak orang singgah mu singgah. Kedai mana ambe tak pasti. Tu jer cara dia"

mak aii  senang punya tips nak cari kedai sedap.

Dia tambah lagi..

"Bukang aper, kedai ramai orang mesti semua ader, sotong celup tepung ade. ikang ade, udang ade, ketam pun ade' Tu jer nak bagi tau... Ambe pun jarang makang kat Penarik, Ambe dok main kat KT jer"

Hok aloh....


Nak tak nok nekad je lah.. di mana brek ditekan di situ kami singgah.

Rupanya kedai yang kami singgah adalah kedai yang baru.
Baru beroperasi hari ni. Serious!!

Masa bayar bayar tu .  Tuan kedai ucap terimaksih bersungguh-sungguh dan minta maaf kalau ada apa yg kurang.. Moga dia terus maju dan harapnya dia ambil semangat dan jaga customer macam fisrt time dia buka kedai...

Hope everyday is first day bagi dia!!

Ok bab makanan pula. Sejujurnya makanan dia biasa sahaja. Ikan rasa ikan la kan. Beza tepung celupan tu lah. dah yang penting mesti panas .
Kalau dak sejuk..hambar la kan.

Aku tunggu yang baru di angkat. Panas panas!! Ikang sekor RM6 dan sotong RM10..

Order banyak juga tapi orang Kedah mesti nak nasi, Ayah nak makan nasi, nasib baik  ada . Lega.
Kami ingat nak makan celup celup aja..


Kesimpulannya :
Makanan biasa dan rasa pun biasa..

rating: 7/10








Anak anak makan sikit kemudian nak ke pantai yang lebih..Abah juga kena habiskan
Dah la lama tak bersenam akibat cedera bahu.Habis diet!! 

Tapi trip ni jalan jalan cari makan kan.
.layannn

Deruman ombak kedengaran dengan jelas. Musim tengkujuh kot




Breakfast Esoknya di Restoran Az Selera Timur..
Ramai nya orang , mungkin orang bercuti juga. 
Dan banyaknya jenis makan.

laksa
laksam
nasi dagang
nasi minyak
roti canai
nasi lemak

tu yang kami order ..yang lain menu maybe ada lagi.

Memang authentik Terengganu. Sebabnya? Laksa kuah macam kari. Pelik pun ada. Angah kata macam mee kari..
Cuba je lah, tak cuba tak tahu.

ok la.. boleh la..
 di rekemen kan 
8/10


Homestay D'Permatang Air Hitam Alor Star Kedah

Assalamualaikum bloggers and readers..

Kalau ada kenkawan nak ke Alor Star ke Perlis ke  Jitra atau kawasan yang sekitarnya...


Atas urusan rombongan pertunangan ke perkahwinan ke  atau merisik.. :)

Atau nak transit sebelum ride atau drive bertolak ke Hadyai , Krabi.. ye lah setelah memandu jauh dari selatan, 
bolehlah bermalam di homestay ni.. 

Atau nak register UUM ke IPDA ke , Uitm Arau atau ke asrama berdekatan .. 


Atau nak bertolak ke Langkawi esoknya bolehlah singgah santai berehat2 d kawasan kampung yang di kelilingi sawah padi yang manghijau atau menguning.. Sesuai dengan kedah hijau kuning. Bergantung kepada kepada musim padi.



Kemudahan:

3 bilik tidur 
( Semua Queen size)
2 bilik air
( satu dalam masterbedroom)
mesin basuh
dapur
peti ais
TV dan Astro (njoi)
(nota: 1 bilik ber-aircond)
Ruang tamu yang luas

Permandangan yang indah



Padi yang menguning di hadapan Homestay D'Permatang
Ruang makan

Normal rate 200.00 semalam


Boleh la contact :Whatapps  019 2256075

Special diskaun untuk anda!!



p.s Dekat juga dengan  rumah Faiz Subri :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...